Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayanghidup kita seharian tidak dapat lari daripada berjumpa dan berurusan dengan manusia. manusia yang atypical semuanya, manusia yang bukan satu ragam tapi manusia yang setiap seorang mewakili diri sendiri. bayangkan dalam sehari kita berjumpa dengan 1000 manusia, maka 1000 jenis ragam manusia kita dah jumpa hari itu.
berurusan dengan makhluk Allah yang dikurniakan dengan kelebihan akal dan perasaan ini bukan satu perkara yang dapat dipelajari dalam kelas atau dengan pembacaan semata-mata. memang tidak dinafikan membaca dapat menambah input untuk kita amalkan tapi input sahaja tidak mencukupi.
jejaka batch Gen6 MedCairo sahaja berjumlah 48 orang semuanya
ia lebih bersifat praktikal dan memerlukan kita berjumpa dengan ramai orang. lagi ramai orang kita jumpa, lagi banyak pengetahuan kita dalam memahami manusia. inilah nilai tambah yang tidak ramai dimiliki oleh para pendakwah muda saya kira.
alhamdulillah, saya dikurniakan rezeki untuk mempelajari secebis ilmu Ilahi dalam pengkhususan bidang perubatan. seperti yang selalu saya tekankan, bidang perubatan ini adalah satu bonus kepada kami para doctor-to-be kerana medan dakwah para doktor terbentang luas ke hadapan.
bila kita dikelilingi oleh ramai manusia, kadang-kadang kita jadi kalut. kenapa?
sebab apa saya berkata demikian? awal tadi saya katakan urusan dakwah ini memerlukan direct person-to-person contact yang berterusan antara daie dengan madhu'nya. hubungan dua hala yang berterusan ini dimudahkan jalannya oleh Allah bagi pendakwah di kalangan para doktor. mereka akan berjumpa dengan manusia yang berloghat jawa, manusia berkampung di hulu, manusia memperjuangkan bahasa dan bangsa, manusia yang merempit dan bermacam jenis lagi manusia.
jadi, saya dan sahabat sekalian perlu bersedia untuk turun ke medan dengan bekalan yang cukup. tempoh masa kita sedang mengejar ilmu dengan tamaknya sebagai tanda kita ikhlas menuntut ilmu ini perlu dihiasi dengan pembangunan skil untuk berhadapan dengan manusia kelak.
saya membaca buku 'Petua Membuat Orang Jatuh Cinta' karangan Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan sahabat-sahabat.
jodoh-fokus-fobia-restu-hati-akhlak-cantik
agama-keturunan-cerewet-cemburu-kelakar
matang-bahasa badan-segak-romantik-macho-doa
itu adalah perkataan yang tersusun cantik di kulit hadapan buku 'Petua Membuat Orang Jatuh Cinta'. bila saya baca buku ini ramai sahabat yang beranggapan saya akan kahwin tidak lama lagi. saya hanya tersenyum.
pada pandangan peribadi, saya membaca buku ini dengan skop yang lebih luas lagi. bukan semata-mata cinta itu untuk pasangan hidup yang bakal kita ketemu satu hari nanti tapi cinta itu untuk orang yang kita ketemu hari-hari.
sahabat-sahabat di sebelah adalah medan tarbiah yang paling hampir dengan kita banyak yang saya belajar daripada buku sebegini. selepas membaca, saya mula sedar yang saya perlu bangunkan akhlak seorang doktor dalam diri pada hari pertama saya mula menjejakan kaki di kuliah perubatan lagi. saya perlu kenal Allah dan kenal manusia. itu tugasan pertama saya.
tidak hairanlah satu hari semasa pembentangan kertas kerja dalam 'Seminar PERUBATAN Kali Ke-2, Kelahiran dan Kematian' anjuran Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir bulan sudah, pembentang Dr Ahmad Shuib B Yahaya menggambarkan jantina di dunia ini ada 3 jenis. lelaki, perempuan dan DOKTOR.
kenapa doktor? sebab doktor perlu jadi lain dari yang lain. lain dari pesakit lelaki, lain dari pesakit perempuan. doktor perlu lebih daripada orang awam. doktor perlu lebih berakhlak, lebih abid kepada Ilahi, lebih banyak istighfarnya kerana dosanya lebih. doktor perlu sedar 'doktor' itu adalah wasilah paling utama untuk orang ramai menuju Ilahi, sampai kepada-Nya. jadi doktor kena dahulu berjalan menuju-Nya, sampai kepada-Nya.
sebagai akhirnya, saya bawakan petikan daripada artikel saifulislam.com yang mungkin dapat menggambarkan sedikit tentang peribadi saya. selamat berkenalan.
"Saya suka menelaah kelakuan manusia, mengkaji kecenderungan yang mencorakkan kehidupan manusia malah meyakini bahawa warna-warna alam sekitar hari ini adalah terjemahan kepada kemanusiaan manusia."
ia tidak lari dengan tema ini:
"Peribadi insan dari pelbagai latar belakang berinteraksi dengan pengaruh alam sekitar untuk membentuk budaya dan kehidupan."