Friday 24 December 2010

Aku Harus Pulang

Dengan Nama Allah Yang KeranaNya Aku Menukil

Pagi Jumaat pagi yang segar dan nyaman tapi malam Jumaat bukan malam yang tenang bagi kerukunan di Hayyu Sya3biyya, Sayyeda Zeinab. Ini kerana masyarakat di kerukunan itu membudayakan aktiviti untuk meluahkan isi hati mereka dengan menyerlahkan bacaan surah al-fatiha dengan sangat nyaring dan merdu kemudian belum sampai saja amin-nya disambung dengan lagu baladi yang *^$#@%&, sungguh memekakkan telinga.

TAPI paginya sangat tenang dan lapang. Tiada suara pekikan dari speaker sebesar mesin basuh, tiada juga jeritan hon kereta di jalan-jalan. Semuanya seakan kembali kepada norma kehidupan insan biasa. Cuma ada juga cakap-cakap jahat, kalau musuh nak serang Mesir hantarkan bala tenteramu di pagi hari Jumaat. Pagi yang tak ramai manusia membaca surah al-kahfi, pagi yang ramai orang meleleh air liur basi.

Apapun, aku harus jua pulang. Aku tidak harus terus begini memberhentikan langkah kakiku hanya kerana satu speaker sebesar mesin basuh itu. Aku harus pulang. Aku tidak boleh terus meninggalkan surah al-kahfi di pagi ini hanya kerana asyik meleleh air liur basi. Aku harus pulang.

Ya, aku harus pulang. Pulanglah engkau wahai jiwaku ke tempat di mana ia dimulakan dan kepada Dia yang menciptakan. Aku harus berhenti dari jadi terus begini.



Ana mush Masry

Saturday 18 December 2010

Amy Search - Suralaya

Dengan Nama Allah Yang Dengannya Aku Menulis

Amy Search - Suralaya


Artist : Amy Search
Title : Suralaya Dalam D Major

Getar senandung Suralaya menggamit
Diruang sanubari rindu menghimpit
Wajah kasihku melirik senyum tangis
sukar untukku tangkis..ooahhh

Getar senandung Suralaya menggamit
Disudut perasaan cinta menjerit
Bisik kasihku gemersik makin jelas
makin rasa sebegitu ikhlas

Kata-katamu bagaikan sinar
yang diterang kabut
Yang sempat kudengar
Hanya madah
Hanya kata
Selamat tinggal...

Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menambat hati yang kian rawan
Terbayang seribu
Kemungkinan
Tergerakku mendakap kau pun hilang..ooo
Dari pandangan

Getar senandung Suralaya menggamit
Disudut perasaan cinta menjerit
Bisik kasihku gemersik makin rangsang
makin rasa sebegitu terang

Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menambat hati yang kian rawan
Terbayang seribu
Kemungkinan
Tergerakku mendakap kau pun hilang..yeahhh

Bukan beralah
Kecewa kerana cinta
Tapi berduka kecewa kerana rindu
Perjuanganku hanya satu
Bekalan hidup dan matiku
Inginku rasa bersama
Yeah... Yeah... Yeahhhh..

Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menambat hati yang kian rawan
Terbayang seribu
Kemungkinan
Tergerakku mendakap kau pun hilang
Yeah.. yeahh

Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menambat hati yang kian rawan
Terbayang seribu
Kemungkinan
Tergerakku mendakap kau pun hilang...ooo
Dari bayangan ...


Wednesday 15 December 2010

Gelanggang Bola Tampar



Gelanggang Bola Tampar

Gelanggang Bola Tampar SAMBestari. Tempat aku mentransformasi diri dari seorang budak hingusan lepasan UPSR menjadi seorang insan sebegini. Tempat yang banyak; terlalu banyak nostalgia untuk diceritakan.


Lokasinya amat menarik. Terletak di atas tanah datar yang sedikit tinggi; setinggi separuh dewan sekolah memberikan ia satu kelainan tidak seperti kebanyakan gelanggang bola tampar yang ada. Betul-betul di sisi cerunnya terdapat pintu pagar utama sekolah yang menempatkan beberapa buah pondok menunggu dan pondok jaga. Cerun dan pondok-pondok itu dipisahkan oleh longkang dan longkang ini selalu menyambut bola ‘muntah’.

Gelanggang ini menjadi tempat aku mengasah bakat bermain bola tampar. Aku menghabiskan hampir setiap masa petang ku berlatih bola tampar bersama-sama pelajar lain di gelanggang ini. Seusai solat asar di surau asrama, seperti kebanyakan pelajar aku bersiap-siap untuk turun padang. Kalau hari tu hari cuti terutama hari Sabtu, janji kami di gelanggang ialah pada sebelah pagi. Beberapa minit selepas matahari dhuha naik. Dan hari Ahad pagi kami cuti!

Dengan memakai kasut kanvas hitam Pallas Jazz yang dipakai pada setiap pagi untuk ke sekolah aku mengikut arus manusia berlari-
lari anak menuju ke arah padang sekolah. Ada yang menjinjing but bola, ada juga yang berlari sambil menghayun-hayun raket badminton, tak lupa juga yang berjalan sambil menimbang bola takraw. Hanya kami saja yang ingin bermain bola tampar berjalan lenggang tanpa sebarang aksesori sukan.

Gelanggang yang mengajar aku servis dengan baik, digging bola dengan kemas dan kadang-kadang belajar spike bola dan blocking ini tidak hanya aku kunjungi setiap petang. Ada harinya, biasanya Sabtu aku akan ke sana pada sebelah malam dengan kawan-kawan un
tuk melihat bintang di langit. Suatu malam yang masih segar dalam ingatan aku, malam tu sekitar jam 9-10 malam. Lepas makan-makan di kantin sekolah aku dan beberapa orang kawan naik ke atas bukit menuju gelanggang bola tampar untuk menghirup udara malam. Malam itu kami ditemani oleh abang KA, Khairul Anwar yang juga Ketua Asrama.


Kami berbaring secara rawak atas gelanggang sambil berborak. Dalam rancak berborak ada selangnya kami semua senyap. Mata masing-masing melilau memandang langit yang sangat cerah. Aku berbaring dengan kaki menghadap Sekolah Rendah Seafield di USJ 2. Langit yang aku nikmati malam tu berwarna kemerah-merahan di ufuk timur dan beransur-ansur warnanya menjadi jingga sehinggalah gelap kelam dengan pandangan mataku tepat ke atas.

Bintang-bintang kelihatan tersusun cantik membentuk buruj yang aku sendiri sudah lupa nama setiap satunya. Mulut bertasbih, bertahmid melihat kebesaran ciptaan Allah ini. Subhanallah! Aku sangat kangen untuk berbaring di atas gelanggang bola tampar ini! Aku tidak pernah pangling dengan keindahan langit malam itu.

Dan malam tadi, semasa bermain bola di padang futsal Nadi Zinhum, aku terpandang ke langit. Dan tiba-tiba ingatan lama menjengah kembali. Biarpun langit malam tadi tidak secerah langit yang aku lihat malam itu tapi ia cukup untuk membuatkan aku menulis di sini. Agar ia tidak luput dalam ingatan dan agar ia tetap aku kenang.

Gelanggang bola tampar SAMBestari juga menyimpan kenangan aku memblocking spike seorang cikgu dengan kemas semasa perlawanan persahabatan antara pelajar dan guru sempena Hari Guru 2003. Bola spike yang dihantar oleh Cikgu Rizal berjaya aku tangkis dengan baik sehingga membawa mata untuk pasukan pelajar.

Dan kenangan di gelanggang bola tampar SAMBestari adalah kenangan yang tidak boleh aku lupakan!