Thursday, 23 April 2009

tour de fayoum

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


salam mahabbah. sudah lama rasanya tidak berkongsi pengalaman jaulah dengan tatapan rakaman peristiwa.

cuti syem en-naseem yang lepas kami ke fayoum. fayoum, sebuah muhafazah yang berjiran dengan muhafazah giza terletak kira-kira 130 km dari kotaraya kaherah. nama fayoum yang dinisbahkan kepada oasis fayoum mempunyai banyak kesan tinggalan zaman nabi dan yang paling penting tinggalan Qaroon yang ditenggelamkan Allah seperti tersebut dalam al-quran.

semoga perkongsian ini dapat memberi cambahan idea yang banyak untuk kita suburkan amalan bersedekah dan saling bantu membantu.


perjalanan bermula seawal pagi




kenderaan perlu diservice sebelum memulakan perjalanan



sepanjang perjalanan kelihatan ladanng gandum di kiri kanan jalan




mengintai anak gadis kampung..haha..kamal, kamal..





hari ini cuti...ramai manusia bersiar-siar bersama keluarga



kambing ini perlukan makanan yang lebih zat dan khasiat




"baba, 3aizah iladah dah"



sepanjang jalan meredah kawasan kampung, berderet gerai menjual mainan dan makanan
mereka menyambut cuti ini dengan pesta dan keriangan




budak ini gondesh la..



kecil lagi sudah berdikari..inilah nilai tambah dalam istilah 'kampong'




ladang gandum



mereka beratur membeli aiskrim Dolce



kesan bandar yang ditenggelamkan Allah di zaman Qaroon




zaman moden yang moden



zaman moden yang tabah



tiada kata yang terucap
(latarbelakang istana Qaroon yang tenggelam 3 tingkat bawah tanah)




2 jari telunjuk dan hantu menunjukkan 2 orang sahabat baik



a. wafi turut serta atas tiket Presiden & hamba Allah



tiada dalam gambar : anas ghazali



mengambil ibrah tinggalan Qaroon yang lupa daratan bersama aman



jalan ke istana Qaroon




berteduh di bawah pepohon tamar dari terik mentari tengahari




saudara hamdan saparwan : ketua jaulah




doa seorang musafir makbul : lunch



melintas : lewat : lalu : menuju : seberang


orang kampung berpusu-pusu menghabiskan cuti bersama




nikmat umat masa kini : tasik Qaroon yang penuh 'harta karun' bagi para nelayan




pagi itu yassir rasali berjubah biru




semoga ketemu lagi

info jaulah
jurufoto : anas ghazali
1st driver : abg hamdan & ehmad
2nd driver : abg wafi & irfan salmi
penyertaan : kamal, yassir, hanif, abror, aman


sekian.
tammat.


Saturday, 18 April 2009

Mentari merah di ufuk timur

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Mentari merah di ufuk timur

sekadar ingin berkongsi sedikit santapan bersama anda sekalian tentang sebuah lagu yang diberi nafas baru bertajuk "Mentari merah di ufuk timur" nyanian asal Amy Search. lagu ini pernah popular sekitar awal 90-an dan kini dialbumkan untuk kesekian kalinya dalam sebuah album bergerne pop nasyid kumpulan Rabbani. bersama kita menghayati liriknya yang penuh kerinduan pada Rasulullah s.a.w. Mentari merah di ufuk timur.




selamat berhibur!

sekian.

Tuesday, 7 April 2009

manusia, usrah dan kita

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


"entum musafiriin?",sapa makcik penjual sayur di sudut kiri Masjid Bustan El-Fadhil.

waktu itu kami baru selesai solat maghrib.

kami berkumpul di tepi masjid untuk mengucapkan selamat jalan kepada seorang teman dari Syria yang datang berziarah.

"huwwa min suuri".

abang hamdan membalas sapaan itu setelah berapa ketika kami selasai bergambar kenangan bersama.


kita dan manusia

begitulah kita. bila sibuk dengan perkumpulan sendiri, orang di sekeliling habis kita abaikan.

setelah Ust. Abd Latif sahabat
 dari Syria pulang, saya terfikir seketika perbualan antara makcik penjual sayur dengan abang hamdan.

apalah perasaan makcik itu dengan tindakan kami yang endah tak endah dengan tegurannya. bersalah kami sebab mengabaikannya dalam keadaan kami mengaku kita bersaudara.

ya Allah, ajarkanlah hati kami untuk tunduk patuh kepada-Mu, lemparkanlah secebis rasa kasih ke dalam hati kami supaya kami dapat menyayangi orang lain.

betapa angkuhnya kami dalam pergaulan seharian kami. ramainya orang yang telah kami zalimi. ke manakah rasa mahabbah kami?


usrah dan kita

dalam melayari kehidupan sebagai seorang manusia yang fitrahnya saling bergantung antara satu sama lain, jangan kita lupa antara kita dengan manusia yang lain ada hak masing-masing.

bila hak dan bahagian salah satunya tidak dipenuhi maka akan ada lompang yang wujud.

hidup kita ini adalah satu usrah. bukan usrah itu 6-7 orang tapi usrah itu mencapai angka jutaan malah lebih dari itu. semua umat manusia dalam dunia ini adalah anggota usrah kita.

usrah atau perkumpulan manusia yang manusiawi. antara mereka perlu ada sifat bantu-membantu dan saling berkenalan. skopnya cukup luas. segalanya bersatu dalam perkara kebaikan dan akhlak mulia.

mafhum firman Allah s.w.t: "wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami telah ciptakan kamu lelaki dan perempuan, kami telah jadikan kamu berbagai suku dan puak, maka hendaklah kamu saling berpengetahuan (mengenali)". surah al-hujrat:13

itu usrah kita sesama manusia manusiawi.

untuk melengkapkan keimanan dalam hidup kita di dunia ini, usrah yang kedua ini amat penting. itulah dia usrah kita sesama orang mukmin dan ikatan yang menghubungkan kita adalah ribat ukhuwwah. mukmin ini terdiri daripada jiran kita, sahabat kita, PERUBATAN kita, PMRAM kita, ISMA kita dan seterusnya.

sebagaimana firman Allah dalam surah al-hujrat:10 yang bermaksud : "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara".

bercakap sekitar ukhuwwah ini, dalam zaman globalisasi dunia tanpa sempadan ini terdapat dua unsur utama dalam kehidupan muslim yang sudah luput. salah satunya itulah apa yang disebut-sebut sebagai ukhuwwah.

hidup kita sekarang tiada lagi ukhuwwah. seolah-olah ribat antara mukmin itu sudah hilang. masing-masing mukmin untuk diri sendiri tanpa ada mukminnya itu untuk mukmin yang lain.

lagi lompang dalam hidup kita.

dua kelompok di atas adalah usrah kubro kita.

adapun usrah wusto kita adalah mereka yang terdiri daripada second degree family members. ahlinya melengkapi ibubapa kita, datuk nenek kita, abang adik kita, pakcik makcik kita, sepupu sepapat kita.

maksud usrah ini adalah arahan silaturrahim. hubungan silaturrahim ini menambahkan usia (moga-moga dengan keberkatan) dan menambahkan rezeki.

seperti yang tersebut dalam sebuah hadis qudsi yang bemaksud,"sesunggunhnya Aku adalah Allah, Aku yang Maha Pemurah, Aku yang menciptakan Rahim (sifat penyayang), dan Aku pecahkan ia sebahagian daripada nama-Ku. siapa yang menyambungnya maka Aku akan menyambungkan untuknya (umur) dan siapa yang memutuskannya maka Aku akan putuskannya".

usrah yang terakhir merupakan perkumpulan manusia yang asas dalam masyarakat iaitu usrah sughro. anggotanya terdiri daripada sepasang suami isteri dan anak-anak. pada aspek usrah sughro inilah Islam memberi penekanan mendalam betapa peri pentingnya tapak yang menjadi dasar pembinaan usrah ini terbina dengan dasar yang teguh dan kukuh.

ia bermula dengan pembinaan sifat kejiwaan manusia untuk menjalani kehidupan yang bahagia di dunia di samping pengukuhan keimanan dalam ketaatan kepada Allah s.w.t jaminan bahagia di akhirat.