Monday, 29 June 2009

lahirnya insan jun sbegini

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

masih lagi bersuka-ria dengan bulan jun. dalam kegirangan itu perlu diingat sekarang sudah 6 rejab 1430H.

sekadar menyalin kata-kata orang lain. sebenarnya dah lama jumpa hasil kajian ini cuma baru sekarang suka-suka nak letak dekat sini.

antara sifat peribadi manusia yang lahir bulan jun hasil kajian dr fadilah kamsah.

- Berfikiran jauh & berwawasan
-
Mudah digunakan/dimanfaatkan orang kerana sikap baik
-
Berperangai lemah lembut
-
Mudah berubah sikap, perangai, idea & mood
-
Idea yang terlalu banyak di kepala
-
Bersikap sensitif
-
Otaknya aktif (senantiasa berfikir)
-
Sukar melakukan sesuatu dengan segera
-
Bersikap suka menunda-nunda
-
Bersikap terlalu memilih & selalu mahu yang terbaik
-
Cepat marah & cepat sejuk
-
Suka berbicara & berdebat
-
Suka membuat lawak & bergurau
-
Otaknya cerdas berangan-angan
-
Mudah & pandai berkawan
-
Orang yang sangat tertib
-
Pandai mempamerkan sikap
-
Senang berkecil hati
-
Mudah terkena influenza
-
Suka akan kebersihan
-
Cepat merasa bosan
-
Sikap terlalu memilih & cerewet
-
Kurang mempamerkan perasaan
-
Lambat sembuh apabila hatinya terluka
-
Mudah menjadi eksekutif
-
Kedegilan yang tidak terkawal
-
Mempunyai prinsip siapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

hasil pengamatan sendiri, kajian ini benar untuk ehmad sekitar 88% sahaja. apa pun, ini sekadar bahan untuk study case yang seterusnya selepas teka-teki hari lalu. point yang berwarna merah itu antara yang disangsikan untuk ehmad.

Tuesday, 23 June 2009

June's ours!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

June is ours!!

2 jun 1988
~ahmad rasyidi mohammed~


3 jun 1988~muhamad anas ghazali~


5 jun 1988
~muhammad najib hassan~


13 jun 1987
~muhammad irfan mohd salmi~


16 jun 1988~mohd hanif mohd khairuddin~


17 jun 1988~mohd nasrullah nik abd kadir~


19 jun 1988
~syed ahmad dai'allah syed abd kadir al-saqqaf~



~mohd akram abd kadir~
eckm, bangun la cepat.kami dah rindu sangat ni.jangan tidur lama sangat.


25 jun 1988



yeay! june is ours!!


Friday, 19 June 2009

teka-teki

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

kali ni aku nak kongsi satu teka-teki. siapa yang boleh jawab kira mantap lah aku kata. haha.

teka-tekinya berbunyi begini:

bila aku call, dia tak angkat.
bila aku sms, dia tak balas.
bila aku ym, kadang-kadang dia balas.

bila aku ke bilik dia, dia buat tak layan.
bila aku cakap dengan dia, dia tak pandang aku.
bila aku ajak makan, dia kata dah kenyang.
bila aku diam, dia pun diam.
siapakah dia?

silalah jawab teka-teki ini kalau rajin.
sekian.

Monday, 15 June 2009

R.I.N.D.U

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

RINDU


satu kata yang baru aku kenal sekitar bulan ogos tahun lalu. waktu itu jiwa aku sarat dengan perasaan itu. mundar-mandir aku keliling mounirah menggendongnya. ke ARMA ia masih mengikut. ke H10 pun tidak mahu renggang.






kemudian ia kembali hadir belum pun sampai setahun hadirnya dahulu. tapi kali ini ianya hadir tanpa ubat. kalau dahulu ubatnya tiba awal bulan oktober, pulihlah aku dari perasaan rindu selepas itu. tapi kali yang ini tidak. perasaan itu menginap sekali lagi dalam jiwaku. buat selamanya. ya, sepanjang hayatku.


~gambar ini sarat dengan rasa rindu~
[tarikh gambar adalah tarikh lahir Allahyarham]


kalau ikut tulisan yang lepas, satu berita yang mengejutkan hinggap ke telinga aku. berita tentang akh nabil marwan. tapi kali ini berita yang lagi mengejutkan datang t
anpa disangka.


~akh mohd nabil marwan~
moga cepat sembuh


malam rabu 10 jun 2009 yang lepas, aku mendapat berita kemalangan 5 orang sahabat ahli keluarga Gen6 yang pergi meninjau tempat di Ain Sokhna, Suez. berita tersebut tersebar begitu cepat sekali, sepantas kilat. satu dunia pantas mengetahuinya.


~allahyarham sewaktu di darul quran~

malam kejadian sudah 5 hari berlalu. sudah 5 hari juga Allahyarham Muhammad Ammar Zulkifli meninggalkan kita. 5 hari ini juga rindu itu sudah kekal bersamaku.

bak kata abdurrahman zulkifli, setiap orang punya memori tersendiri bersama Allahyarham. aku juga punya banyak, bukan satu memori bersama Allahyarham.

telah syahidnya seorang mujahid muda seusia 21 tahun pada malam 10 jun 2009 di bumi barakah, bumi ilmu, bumi jihad, mesir. bagaimana pula dengan kau wahai seorang ehmad?


~tugasan terakhir yang allahyarham amanahkan~



"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat.
Laksana anak-anak akhirat, melihat dunia dari jendela akhirat"


untuk kronologi peistiwa yang lebih details sila ke sini, sini, sini, sini, sini, dan sini.