Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
"Peribadi insan dari pelbagai latar belakang berinteraksi dengan pengaruh alam sekitar untuk membentuk budaya dan kehidupan"
Wednesday, 15 July 2009
Thursday, 2 July 2009
benar..ia memang hari-hari yang sukar.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
benar. biarpun ia bulan jun yang baru berlalu, namun ia antara hari-hari sukar bagi aku untuk mengharunginya tanpa teman di sisi.
satu lagi berita seorang hamba pergi menemui kekasihnya. ya, seorang sahabat yang dirindui lagi disayangi telah menyahut seruan Ilahi. akh mohd nabil b marwan telah pergi meninggalkan kita buat selamanya.
perasaan rindu ini semakin bertimbun dalam hati. hampir dua tahun tidak ketemu. lagikan pula, dialah teman setiap kali pulang bercuti ke kampung halaman semasa di sbpi jempol dulu. dialah teman setia aku.
kini, dia sudah tiada. yang tinggl hanya nisan putih terpacak atas tanah gembur yang masih merah.
inilah bulan yang telah membawa pergi sejumlah manusia soleh yang aku rapat dengannya. mulanya dengan allahyarham muhammad 'ammar dan hari ini 2 julai 2009 akh mohd nabil marwan mengiringi. semoga kalian berbahagia di sana.
dengan bekalan al-quran di hati kalian, moga kubur kalian terang tersuluh, terbentang luas cukup untuk menjawab soalan malaikat munkar dan nakir dengan lidah yang fasih.
allahu rabbi. muhammad (s.a.w) rasulullah. al-quran kitabi.
benar. jika ajal telah tiba, Allah tidak akan melewatkannya walau sesaat dan tidak pula mempercepatkan.
mengenang sebuah kematian itu memang sedih. bila orang yang kita sayangi dan rindui pergi buat selamanya. tapi sedih itu akan pergi andai kematian itu dinilai pada sedihnya kita kehilangan sahabat.
tapi kematian itu akan sentiasa kita ingat bila ia dinilai dengan iman kita. mati itu pasti. ia boleh menjengah bila-bila masa sahaja.
tapi, benarkah kau sudah bersedia menghadapinya? ini persoalan yang penting. berapa banyak amal yang kau telah kerjakan untuk bekalan? ingat, usia itu bukan dihitung dengan bilangan hari-hari yang berlalu tapi berapa banyak buah yang terhasil dari hari-hari tersebut!

Subscribe to:
Posts (Atom)