Wednesday, 31 March 2010

Rapuwan II

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



"Setiap detik yang berlalu dalam hidup kita adalah perjuangan. Setiap hari adalah rusuhan bagi cinta kita. Perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t di muka bumi ini, perjuangan menentang musuh sama ada dari kalangan manusia, jin mahupun syaitan."

-Cinta Hari-hari Rusuhan, Sufi Haramain : Berangkatlah Sementara Masih Muda.-


Saturday, 20 March 2010

Rapuwan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Sedang berlari mencari pelangi di hujung kaki langit. Berkejaran berpegangan tangan mendaki puncak impian. Mengharungi segala rintangan dengan jiwa yang cekal membatu!

Sekian.

Monday, 8 March 2010

Tiga Cucuk Kofta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Saya baru habis menikmati tiga cucuk kofta bersama Akir sebentar tadi. Kami beli di Masywiyyat Salama tak jauh dari Medan Sayeda Zeinab. Waktu ini perut saya kata 'elhamdo lellah'. Sedap. Lama tak merasa kot.

ini bukan kofta yang kami makan

Kalau macam ni hari-hari mahu montel badan. Jadi saya makan kofta ni setahun tak sekali. Makan berdua pula. Lagi pun kalau makan selalu nanti cepat muak.

Jadi, untuk elak muak tu saya rasa elok saya berhenti seketika untuk menulis di sini. Sejak kebelakangan ni saya sangat dahagakan perkongsian. Saya tiada apa yang hendak dikongsi.

Tapi jangan risau. Mustahil untuk saya berhenti menulis. Yelah, macam manusia mana boleh berhenti makan walau mereka boleh berhenti masak.

Sebelum saya pergi membawa diri menjauh dari menulis di sini, suka saya nak baeritahu yang saya menghargai kunjungan anda di sini.

Kofta.