Sunday, 25 April 2010

Lifeline4Gaza

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Lifeline4Gaza.



Kempen "LE 100 Seorang"?
Kempen "LE 100 Seorang" ini ialah satu kempen yang diadakan untuk menggalakkan para ahli PERUBATAN menderma sekurang-kurangnya LE 100 seorang ke dalam Tabung Lifeline4Gaza PERUBATAN. Walaubagaimanapun ingin ditegaskan, ini hanyalah galakan, bukannya paksaan.


Dan mengapa LE 100?

LE 100 itu mungkin kelihatan besar bagi kita, tetapi hakikatnya nilai itu hanyalah satu pecahan kecil daripada nilai yang diperlukan untuk membangunkan semula sebuah negara. Dan sama-sama kita harapkan, agar nilainya lebih besar di sisi Allah kelak, insyaAllah.

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui" (Al-Baqarah 2:261)

LE100 Anda : Membina Palestina.

Sekian.

P094 Hulu Selangor

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Haa...kali ni iklan PRK P094 Hulu Selangor antara calon PR dan calon BN.

Berikut merupakan pantun nasihat oleh seorang anggota SPR Datuk Jamdir Buyong.

PENGUNDIAN
Tiada pondok boleh berdiri

Tempat berhimpun suara perang

Jangan berkempen hari mengundi

Elakkan sengketa suasana tegang


Hulu Selangor dataran permai

Ramai tokoh pandai berpantun

Datanglah mengundi beramai-ramai

Ikut adat bersopan santun

Pokok manggis di tanah rata

Buahnya manis sedap dirasa

Setiap undi intan permata

Penyinar cahaya negara bangsa


Bunga teratai mekar kembang

Tumbuh subur rapat-rapat

Usah takut janganlah bimbang

Hadir mengundi tiada yang sekat


SELEPAS PENGUNDIAN

Kertas undi di dalam peti

Dikawal ketat hingga ke petang

Jumlah dikira penuh teliti

Usah sangsi janganlah bimbang


Dari jauh mencari tunang

Masuk kampung hingga ke bandar

Adat bertanding kalah dan menang

Jangan marah salahkan SPR


Pokok pandan di puncak bukit

Buahnya jatuh di atas tanjung

Menang besar kalah sedikit

Jangan dicemuh hormat dijunjung


Khidmat cemerlang sudah sempurna

Semoga mendapat segala berkat

Terima kasih yang bijaksana
Bakti dikenang sepanjang hayat

Pagi-pagi makan ketupat

Hidangan asli sejak berkurun

Gambar calon merata tempat

Lepas bertanding mestilah turun



simpang tiga traffic light pekan tg karang


wanita umno penduduk kg sekitar berteduh di bawah terik mentari menanti sang pemimpin


pengerusi & timb pengerusi perhubungan umno selangor

p/s : gambar-gambar diatas dirakam sekitar suku ketiga tahun 2007 sewaktu dua pemimpin ini turun melawat parliman tg karang merasmikan satu majlis di dewan dato hormat, pekan tg karang.

Tuesday, 13 April 2010

Maju Terus

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Gambar di atas menandakan pertukaran musim akan berlaku tidak lama lagi. Bahkan musim tersebut sudah mula dirasai dengan terdapat segelintir dari kita yang sudah 'cuti' Facebook, Invi Y!M dan tutup henset.

Musim tak lama lagi akan berubah. Dari musim bersenang-senang kepada musim berperang-perang. Musim jalan-jalan kepada musim memeram sebab tak lama lagi dah nak turun medan.

Ayuh!

Siap dengan persediaan. Kita jumpa di medan!








Thursday, 1 April 2010

Huru Hara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




Huru Hara
Album :
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com


huru hara berlaku dimana-mana
krisis terjadi disetiap tempat dan masa
peperangan menggila membunuh manusia memusnahkan harta
kemiskinan kemelaratan dimerata dunia

penzaliman terjadi diseluruh dunia
kerosakkan akhlak menghilangkan kemanusiaan
kasih sayang hilang dari hati manusia
jiwa manusia kosong dan menderita

dimana pergi hidup dalam ketakutan
kerana manusia telah ganas macam haiwan
bahkan kejahatan manusia lebih merbahaya
dengan akalnya manusia merosak dan memperdaya

aduh dimanakah kita hendak pergi lari
kemanakah kita mahu selamatkan diri
kemanakah oh kemana kita mahu mengadu
kepada siapakah nak minta penyelesaian

orang kaya tak boleh diharap lagi
orang besar juga sama sahaja
para ulama bukan lagi contoh masyarakat
cerdik pandai petah bercakap tiada mudirnya

wahai Tuhan kami kasihanilah kami ini
jgn biarkan kami dalam derita lagi sengsara
seorang penyelamat datangkanlah segera
membawa rahmat dan karomah jua berkatnya


kemanakah oh kemana kita mahu mengadu