#Benih.
Hamada Hamdi : "...dan seorang lagi di belakang sana, sahabat kami seorang doktor (pelajar perubatan)", ujar pentazkirah yang juga pelajar bidang agama dari Mesir. Secara serentak jemaah Surau Cenderawasih menoleh ke arahku yang duduk di tengah-tengah saf paling belakang. Aku kaget dengan respon sebegitu daripada jemaah. Aku pun melemparkan sekuntum senyuman paksa."
#Cobaan 1.
Saya Comel Dulu : "kalau aku di sana memegang dslr milik kau emad, semena-mena aku akan snap wajahmu di saat itu."
Muhammad Najib : malangnya malam itu aku tidak membawanya. tiba-tiba seseorang bangun dari belakangku dan ustaz itu terus menyalami tangannya. "ah, kamal!". sentak hatiku.
sia-sia senyuman manisku tadi, rupanya orang yang dimaksudkan itu adalah kamal.
mulut ku berkumat-kamit seperti berzikir walhal hati ini berdentam-dentum mengeluarkan kata-kata %$#@#.
#Cobaan 2
Thaaqib Mohammed : ...dan seorang lagi sahabat kami, seorang pejuang Islam gaya tersendiri", ujar seseorang di depan. ketika sedang mengira2 kuota syafaat, mahu diberi kepada siapa tak semena-mena semua jemaah manusia menoleh ke arah dia.
dan aku tergamam. adrenalin kencang. bangun, bingkas, lari. terjelopok.
"bukan a..a....aku".
Muhammad Najib : "bukan a..a....aku". aku terketar dan tergamam melihat keadaan itu sambil menoleh ke belakang.
rupanya tiada seorang pun yang melihat aku jatuh di kiri masjid kerana semua umat manusia di masjid itu melihat seorang anak kecil di kanan masjid.
"erkk, Safwan?! bila dia sampai ke selangor?", hatiku tertanya-tanya.
kecewa dengan gelagat jemaah masjid yang tidak menghiraukan aku.
aku pun...
Thaaqib Mohammed : "...aku pun menelefon tv3 dan proksi-proksi media prima, memaklumkan penemuan bayi baru lahir yang dibuang di tepi masjid...bersama tag nama.
aku mahu jadi orang pertama yang ditemuramah mazidul akmal sidek malam ini. Ya! aku bertekad!
Dunia harus menyaksikan aku sebagai penyelamat umat ketika ini."
...bersambung.