"...Kesulitan itu belum termasuk jalan yang bergenang air, tayar basikal yang bocor, dan musim hujan berpanjangan dengan petir yang menyambar-nyambar. Suatu hari rantai basikalnya putus dan tidak boleh disambung lagi kerana sudah terlalu pendek sebab terlalu sering putus, tapi dia tidak menyerah. Dituntunnya basikal itu sepuluh kilometer, dan sampai di sekolah, kami sudah bersiap-siap untuk pulang. Ketika itu ada pelajaran Muzik dan dia begitu bahagia kerana masih sempat menyayikan lagu Padamu Negeri di hadapan kelas. Kami termenung meliaht dia bernyanyi dengan sepenuh jiwa, tidak tampak kelelahan di matanya yang berbinar jenaka. Setelah itu dia pulang ke rumahnya denagn menuntun basikalnya lagi sejauh 10 kilometer..."
"...Dahulu bapanya pernah mengira puteranya itu akan menyerah kalah pada minggu-minggu pertama sekolah dan prasangka itu terbukti salah. Hari demi hari semangat Lintang bukan semakin pudar malah meroket kerana dia sangat mencintai sekolah, mencintai teman-temannya, menyukai persahabatan kami yang mengayikkan, dan mulai kecanduan pada daya tarik rahsia-rahsia ilmu..."
-Bab 9 : Bodenga, Lasykar Pelangi.