Saturday, 18 October 2008

Program Sambutan Mahasiswa Baru PERUBATAN 2008

bismillah

alhamdulillah..setelah hampir sebulan setengah memerah keringat menjayakan program menyambut pelajar baru PERUBATAN 2008, akhirnya segalanya berakhir dengan bermacam-macam peristiwa, kerenah manusia, pengalaman berharga mahupun pengajaran pahit.

perubatan


dengan lantikan awal sekira-kira pertengahan bulan ogos, beberapa siri perjumpaan dibuat baki melakar gerak kerja & halatuju program. pelbagai modul dan pengisian dirangka untuk membentuk pemikiran mahasiswa baru PERUBATAN ini dengan mengambil kira segenap aspek kehidupan sebagai seorang musafir ilmu di bumi barakah, masr; ummud duniya.



mesyuarat yang silih berganti:
  • mesyuarat kali pertama : 29 ogos 08
  • mesyuarat kali ke-2 : 7 september 08
  • mesyuarat kali ke-3 : 16 september 08
  • mesyuarat kali ke -4 : 4 oktober 08
  • mesyuarat kali ke-5 : 14 oktober 08


proses pembentukan & peleturan pola fikir mahasiswa baru ini amatlah penting seperti mana yang ditegaskan oleh salah seorang penasihat PERUBATAN yang mana di sinilah titik tolak kepada pembentukan sebuah negara Malaysia yang sejahtera untuk 10-20 tahun yang mendatang. benar sungguh kata-kata sedemikian.


tarikh program:
  • PSMB 08 (1) : 25-27 september 08
  • PSMB 08 (2) : 15-17 oktober 08


jadi, semoga segalanya mempunyai nilai tambah bagi meningkatnya iman, menggerakkan dakwah, menambah pengalaman, meluaskan ukhuwwah.semua yang berlalu pasti menjadi sebuah sejarah yang bakal dikenang di hari yang mendatang.




kenangan sepanjang program berlangsung


ucapan jutaan terima kasih ditujukan khas kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini tidak kira dalam apa jua sumbangan sekali pun, dari seberat-berat bantuan memunggah beg hingga seringan-ringan memetik butang klik pada sebuah SLR d1000.

selamat maju jaya untuk semua.

Monday, 29 September 2008

Kitorang Pon Raya Gak Laa Gen6 2008

Bismillah..
Assalam...
Ramadhan hampir pergi, Syawal nak datang..
Kitorang pon nak raya gak laa....hehe




Banner Raya 1429H




Program : Kitorang pon nak raya laa..
Anjuran : Gen_6
Tempat : Rumah musyrif Agung
Masa : Pagi 1 Syawal 1429H


special thanx to jackster as designer walaupun tak bape sihat tp teteap dgn komitmen..
menu ad6 semuanya...semuanya special belaka..hehe
dijemput kepada semua warga gen_6 sekalian untuk memeriahkan majlis..
selamat hari raya..


*laporan lengkap nanti2 la ek..

Thursday, 18 September 2008

palestin : bumi isra'

Bismillah...alhamdulillah..
majlis menghayati Isra' & Mikraj.



Isra' = perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin.

Mikraj = perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Aqsa naik ke Sidratul Muntaha di langit yang ke-7




Peristiwa :

  1. Bermula dari Masjidil Haram, baginda menaiki Buraq ke Masjidil Aqsa, naik ke atas langit sehingga ke Sidratul Muntaha melalui Baitul Makmur.
  2. Baginda bertemu para anbiya’ terdahulu, dan mengimami mereka dalam solat di Masjidil Aqsa.
  3. Allah telah memperlihatkan kepada baginda keadaan penghuni syurga(masyaAllah) dan juga penghuni neraka(nauzubillah).
  4. Difardhukan solat ke atas kita dari 50 waktu menjadi 5 waktu.


Laporan bergambar sekitar majlis berlangsung:-




penerangan bergambar oleh saudara isa mohd hassan



kelihatan hadirin yang khusyuk menghayati Isra' & Mikraj



abd rahman & safwan kekanak riang bersama



sampingan berthaqafah bersama, berukhuwwah bersama..
ada sedikit jamuan daging dan ayam asap..




eckm meneguk air lepas bergelen peluh tersejat



daging dan ayam asap



lagi daging asap



berukhuwwah sambil berasap-asap



sebelum proses perasapan



~malam kemuncak kami~
puluhan hati diikat disebalik kepulan asap..
bercucuk-cuck daging asap..
ayam asap..