Thursday, 30 September 2010

Sedutan Novel

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


"...Kesulitan itu belum termasuk jalan yang bergenang air, tayar basikal yang bocor, dan musim hujan berpanjangan dengan petir yang menyambar-nyambar. Suatu hari rantai basikalnya putus dan tidak boleh disambung lagi kerana sudah terlalu pendek sebab terlalu sering putus, tapi dia tidak menyerah. Dituntunnya basikal itu sepuluh kilometer, dan sampai di sekolah, kami sudah bersiap-siap untuk pulang. Ketika itu ada pelajaran Muzik dan dia begitu bahagia kerana masih sempat menyayikan lagu Padamu Negeri di hadapan kelas. Kami termenung meliaht dia bernyanyi dengan sepenuh jiwa, tidak tampak kelelahan di matanya yang berbinar jenaka. Setelah itu dia pulang ke rumahnya denagn menuntun basikalnya lagi sejauh 10 kilometer..."


"...Dahulu bapanya pernah mengira puteranya itu akan menyerah kalah pada minggu-minggu pertama sekolah dan prasangka itu terbukti salah. Hari demi hari semangat Lintang bukan semakin pudar malah meroket kerana dia sangat mencintai sekolah, mencintai teman-temannya, menyukai persahabatan kami yang mengayikkan, dan mulai kecanduan pada daya tarik rahsia-rahsia ilmu..."

-Bab 9 : Bodenga, Lasykar Pelangi.

Sunday, 19 September 2010

Doaku Untukmu


Dengan Nama Allah Yang Nyawa Kami Di Dalam GenggamanNya.

Baru dulu kau katakan rindu padaku
Setelah sekian tahun tidak ketemu
Tapi bila tiba saatnya itu
Kau sudah begitu; kelu

Ku termenung di sisi katilmu waktu di ICU
Mengharap kepada Tuhan sesuatu
Agar kau dapat kembali seperti dulu
Kerana belum berbalas rinduku padamu

Hanya ini mampu ku utus buatmu
Sejambak doa mengiringi pemergianmu.


Allahyarham Muhammad Farhan Mohd Rafine (dua dari kiri)


Doaku untukmu,

Ya Allah,
Ampunilah dia,
rahmatilah dia,
selamatkanlah dia,
dan maafkanlah dia.

Tempatkanlah dia di tempat yang mulia,
Luaskan kuburannya,
Mandikan dia dengan air salju dan kesejukan,
Bersihkan dia dari segala kesalahan
sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran.

Kurniakanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya,
Keluarga yang lebih baik daripada keluarganya,
Isteri yang lebih baik daripada isterinya,
dan masukkanlah dia ke dalam Syurga,
Peliharalah dia dari siksa kubur dan fitnahnya,
dan dari azab api Neraka.

Ya Allah,
Janganlah kiranya pahala itu tidak sampai pada kami,
dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya,
dan ampunilah kami dan dia,
dan bagi saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam,
dan jangan Kau adakan dengki dalam hati kami pada orang-orang yang beriman,

Ya Allah!
Ya Tuhan kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Saturday, 18 September 2010

Sempurnakan Hakmu

Dengan Nama Allah Yang Nyawa Kami Di Dalam Genggamannya.

Hak muslim terhadap muslim lain ada 6 :
1. Apabila kamu menjumpainya, hendaklah kamu memberi salam kepadanya.
2. Apabila dia menjemput kamu, hendaklah kamu memenuhi undangannya.
3. Apabila dia meminta nasihat, hendaklah kamu menasihatinya.
4. Apabila dia bersin lalu mengucapkan alhamdulillah, hendaklah kamu mendoakannya.
5. Apabila dia sakit, hendaklah kamu menziarahinya.
6. Apabila dia meninggal, hendaklah kamu iringi jenazahnya.
(Riwayat Muslim)

Sahabatku, semoga semua hakmu telah aku sempurnakan. Selamat memulakan pelayaran di dunia baru dengan bekalan yang dibawa. Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu. Rinduku padamu tidak akan berbalas.

Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Farhan Mohd Rafine yang telah pergi menemui Ilahi jam 0740 pagi 18 Sept 2010.