Thursday 7 July 2011

Semua ahli dijemput memeriahkan PG-6

Oleh:
Ehmad Hamdi B Naem.
(Wartawan media bebas)

KAHERAH, 7 Jul; Satu perhimpunan yang diberi nama Post-exam Gathering Gen6 (PG-6) akan diadakan pada esok hari (Jumaat) sejurus selepas solat Jumaat di Sayyeda Zeinab. Demikian kenyataan Setiausaha R8 Carpet House yang dikeluarkan dan dihebahkan melalui emel semua ahli Gen6 tengahari tadi.

Perhimpunan yang julung-julung kali diadakan selepas berakhirnya peperiksaan akhir tahun ini bertujuan untuk memuhasabah kembali segala aktiviti dan kerjasama yang telah dipraktikkan sesama ahli sepanjang tahun pengajian 2010-2011.

Ahli Majlis Jawatankuasa Gen6 dijangkakan akan turut serta dalam perhimpunan ini dan ketuanya, Mohd Nasrullah B Nik Abdul Kadir dijadual akan menyampaikan sebuah pidato khas sempena perhimpunan ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha R8 Carpet House lagi, beliau dipetik sebagai berkata, "Selepas Asar, mini gym akan dibuka secara percuma". Ini dilihat sebagai satu taktik berkempen yang baru kepada para ahli untuk sama-sama membina tubuh badan yang sihat.

Perhimpunan ini dijangka akan berakhir dengan satu jamuan makan malam dengan makanan disediakan oleh pasukan chef yang handal dan berpengalaman.