Friday 29 May 2009

tangis dalam munajat

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"perkara terbaik yang kau pinta dari-Nya adalah apa yang dipinta oleh-Nya terhadap kamu"
~al-hikam~

baru tadi saya menerima berita tetang seorang sahabat lama yang ditimpa ujian berat oleh Allah. sahabat mohd nabil b marwan yang sudah sebulan terlantar sakit akibat demam chikungunya kini dikhabarkan mengalami hemiplegia atau mungkin hemiparesis. saya mengajak anda semua untuk sama-sama kita berdoa utuk kesembuhan sahabat saya, saudara kita. moga Allah memberinya ketabahan menjalani ujian ini.


teringat sebuah hadith Nabi s.a.w yang mafhumnya begini:
"pintalah kesejahteraan kerana tiada satu kebaikan yang paling baik yang Allah akan beri selepas yakin kecuali kesejahteraan"

kata-kata prof. dr mohd mehna masih lagi terngian di telinga. katanya, "karamah itu adalah istiqamah, dan istiqamah itulah karamah. istiqamah qiamullail itu karamah, solat dhuha itu karamah".

justeru, mari sama-sama kita nilai kembali, muhasabah hari-hari kita yang berlalu pergi. kerna sekarang kita gembira, kita sihat, kita sejahtera. dan sakit, sengsara itu boleh datang menjengah kita bila-bila masa. insaflah wahai kau seorang ehmad.

Wednesday 27 May 2009

MAZA ke Kaherah

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


"Sesungguhnya terdapat kesenangan Allah dalam ketaatan hamba-Nya, terdapat kemarahan Allah dalam maksiat hamba-Nya dan Allah sembunyikan wali-wali-Nya dalam mesyarakat hamba-Nya"


Alhamdulillah, peperiksaan akhir tahun 3 sudah berada di pertengahannya sedari mula peperiksaan amali sesampai 2 kertas soalan jawapan bertulis. makanya tinggal lagi 2 kertas soalan untuk ditulis jawapannya dan 4 lagi soalan mulut hendak dijawab. habisnya pada 26 jun 2009 nanti. apapun kita tunggu kehadiran hari 27 jun 2009 ini kerana aktiviti menarik sedang menanti kami..hurray!!!

walaubagaimanapun, sehari sebelum peperiksaan soalan bertulis subjek parasitologi, petang 26 mei 2009 yang hening kami sekeluarga telah menerima kunjungan ziarah sahabat lama bersama ayah dan 2 orang adik beliau. beliau itulah saudara MAZA. mohd amin zainal abidin. mereka singgah di kaherah sebelum berlepas terus ke jeddah untuk menunaikan ibadah umrah. semoga mereka aman dan bahagia mengerjakan umrah dan ibadah diterima oleh Allah.

jadi tanpa dirancang, kami sekeluarga telah mengadakan majlis reunion pelajar sek keb di subang, sambest dan kisas. ikuti laporan bergambar berikut yang disediakan oleh saya sendiri.

Oleh: ehmad hamdi bin naem
yangterpujikepujiandiriku@yahoo.com

KAHERAH, 26 Mei: mohd amin zainal abidin atau mesranya MAZA telah melawat sahabat lamanya fayyadh, muzakkir dan ehmad di kediaman mereka di mounirah, sayyeda zeinab, kaherah hari ini. rombongan amin sekeluarga yang terdiri daripada beliau sendiri bersama ayah dan 2 orang adiknya dijangka akan mengadakan pertemuan lewat petang semalam tetapi difahamkan hasrat itu terpaksa ditunda kerana tidak mahu mengganggu sahabatnya yang sedang bertungkus-lumus menghadapi peperiksaan akhir tahun 3 mereka. akhirnya, amin membuat keputusan untuk hadir petang 26 mei.


tiada dalam gambar : wan


sesi perjumpaan selama lebih kurang 2 jam itu te
lah menemukan amin dengan sebilangan besar sahabat lamanya ketika menuntu di malaysia. ahmad afiffy alfi, 20 rakan sedarjah amin ketika di sekolah randah melahirkan rasa gembira kerana dapat berjumpa dengan sahabat lamanya yang menurutnya adalah rakan wrestlingnya dahulu ketika di belakang bas sekolah.

seorang lagi sahabat lamanya yang hanya mahu dikenali sebagai wan, 21 agak terkilan kerana tidak berkesempatan menemui amin kerana sibuk untuk persiapan peperiksaan esok hari. beliau pernah bersama-sama menuntut di sambest selama 3 tahun sebelum amin berpindah ke kisas.


rata-rata sahabat yang hadir dalam majlis itu adalah sahabat amin di kisas. turut difahamkan, amin kini sedang bercuti dari kuliahnya di texas, amerika syarikat. mereka yang hadir menyatakan rasa gembira dan berpuas hati dengan majlis yang diadakan.



damak mendapat gelaran mat despatch dalam majlis itu



mereka bergerak pulang menaiki metro untuk ke giza. turut keligatan amir najmi, husaini, afiffy, damak
dan otai sanggup mengorbankan masa studi mereka sebentar.




orang berkata cincin ni cantik...tapi memang cantik pun..haha


Saturday 16 May 2009

16 Mei

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Kehadiran tarikh yang cukup membekas di hati, 16 mei amat ditunggu-tunggu saban tahun. ini adalah tarikh keramat buat warga pendidik. dengan tarikh ini sepatutnya dapat memberitahu kita tentang asal mana kita datang dengan kita hari ini.

saya sungguh sebati dengan tarikh ini kerana saya dibesarkan dalam suasana keliling pendidik. jiran kanan guru sains, jiran kiri pengajar sejarah. abah seorang cikgu. mak seorang ustazah. justeru, saya lebih cenderung untuk meraikan 'Hari Guru' lebih dari hari bapa dan hari ibu.

sajak buah tangan usman awang untuk warga pendidik bertajuk 'guru o guru' saya hafal kemas. biar pun tidak berkesempatan untuk mendeklamasikannya di khayalak penonton ketika majlis sambutan hari guru peringkat sekolah, namun cukuplah sekadar mulut ini melafazkan bait-bait sajak tersebut untuk didengar oleh hati kecil sendiri.



emak dan abah



Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979



saya juga tidak ketinggalan untuk mencoretkan sesuatu di sini buat pendidik utama saya iaitu abah, cikgu naem b ismail dan emak, ustazah norhayati bt hj. yunus. walau saya tidak punya bakat untuk menukil, saya tetap mahu menulis.


emak,
lahirku ke dunia,
dalam selendang kasih sayang mu,
aku membesar dengan belai cinta mu.


abah,
aku di sisimu,
anak buah yang paling setia,
kalam mu penunjuk cara,
peribadi mu wibawa,
kaulah guru paling setia.



hari itu,
kalian bawa ku lihat bintang,
untuk aku kenal Pencipta,
kalian bawa ku daki bukit,
agar aku berjaya menawan gunung.


hari ini,
kita terpisah berlainan benua,
aku di sini kerana ilmu,
kau masih setia menunggu,
tak pernah jemu mengutus doa,
tak pernah kenal apa itu lelah.


emak dan abah,
ketahuilah,
pena ku ini menari dalam irama sendu,
berinjak penuh rindu,
menapak ke kanan,
ku tatap wajah abah,
menapak ke kiri,
ku renung muka emak.


Tuhanku,
kasihilah mereka,
sebagaimana mereka mengasihi ku,
sayangilah mereka,
selama mereka hamba kepada-Mu.


Selamat Hari Guru,
emak, abah!

hamadahamdi
kaherah
16 mei 2009

Saturday 9 May 2009

lagi-lagi exam

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


musim exam begini macam-macam je aktiviti pelik yang nak dibuat. hasilnya lihatlah kekreatifan anak muda PERUBATAN Mansurah ini. mereka dapat mengubah lagu yang best kiranya. liriknya cukup menarik dan tertarik. memang da' boom.



jom layan '2 tahun di mesir' oleh (tak kenal dan tak dapat maklumat tentangnya).





2 tahun di mesir

kisah mula dulu kala
saat kita baru jumpa
namun kini tahun 2
kita dah bersama..

tawa jiwa ubat duka
ingat kenangan kita bina
lagu ini khasku gubah
untukmu oh semua..

kisah mula dulu kala
saat kita baru jumpa
namun kini 2 tahun
kita semua dah bersama
rasa itu tak terkira
fikiran ku mahu gila
pabila bulan purnama..

lagu ini khas ku gubah
bukan malu kan siapa
tapi ia dalam jiwa
bila kenang kisah lama
bagai cara aku gubah cipta lagu
untuk mu oh semua...

maafkan khilaf ini
Jika hak tak dipenuhi
Tika kita ditahun 2

kini ku mulai gusar
dptkah bersama lagi...
jumpa lagi ditahun tiga

fi awallin ana arif masri kullu kuaywis
ba`din hina ana syuf masri kullu fi musykilah
ana taalin fi sobah, huwa biulli bukhroh
au ba`din nussu sa`ah

fi awalin ana musyhibbu masri awi awi
ba`din ana sakin hina ana ariffu masri
ana kalim arabi,ana kul~toqmiah
ana uhubbi masri..

2 tahun dimesir..
sannah tanni fi masri..
in egypt second year ...


mabrouk alaikou..



Monday 4 May 2009

exam : meragam!

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas segala nikmat kunia-Nya dengan kita masih upaya menghirup segar udara bumi, kita sentiasa dalam rahmat dan kasin sayang-Nya. selawat dan salam buat junjungan Nabi akhir zaman, penghulu segala makhluk, kekasih Allah, Muhammad s.a.w.

________________________________



"ehmad, anta ni baik (bla..bla..bla...) tapi anta ni satu je. ana rasa anta ni seorang yang pendiam. jadi, susah ana nak justify anta"


"ehmad ni baik (bla..bla..bla..) cume die ni pendiam. dia banyak cakap dengan orang tertentu je"



(slurp...)
(glurp....)

ini adalah kali pertama justifikasi manusia selain yang bernama ehmad. mereka menjustifikasi ehmad sebagai seorang yang pendiam.

sepanjang hidup ehmad, pernah juga terfikir yang ehmad ni seorang yang pendiam. tapi bagi ehmad, ehmad diam dengan manusia selain ehmad mungkin sebab tak kenal. lagi, sebab tiada isu yang nak dikatakan dan yang paling penting ehmad pendiam dengan manusia yang pendiam dengan ehmad!

huh, menarik bukan. ehmad ni rupanya memang tak banyak cakap orangnya.

_________________________________



aku seorang yang pendiam
baik, aku memang seorang yang pendiam

tapi,
aku bicara sama kalian dengan foto-foto ini,

aku nukilkan kata-kata ku dalam penulisan ini,
aku bercakap dengan kamu menggunakan bahasa badan.


aku kah itu yang kau katakan pendiam?

__________________________________

Foto-Foto


habes desktop pun mahu exam juga



jenuk melihat microscope




ratusan slides mahu diingat




yang ini juga tumbang kerna kurang kasih sayang





versi ulang tayang atas permintaan azlee mustapha
kelihatan matanya kuyu
16 may 07
anatomy
DS





cermin ini merubah mood hari-hari aku





musim exam, penuh board tu dengan maca-macam kata
kata semangat
kata peringat
dan nota






habis semua buku mau dirujuk dan memang banyak buku yang mau dihadamkan


_________________________________


hah, sekarang sudah masuk musim panas. musim peperiksaan juga sudah mula.
sementara udara luar yang makin bahang, juga demam exam yang dah datang, janganlah ditambahkan lagi keadaan tegang itu dengan kerenah kita yang menggila itu.

jadi kawan-kawan semua, exam tetaplah dengan exam. hari-hari yang berlalu itu jangan diexamkan juga. biarkan hari-hari itu berlalu seperti biasa.

aku juga sedar exam kita ini mulanya 30 apr habisnya 27 jun.lama bukan. sampaikan ahya w.hasni kata 'exam korang ni macam exam dinasti china dulu-dulu. duk terperap belajar berbulan-bulan sebab nak exam'. apa boleh buat ahya, kami cita-cita mau jadi doktor.

sekian dulu. selamat berjuang. cekalkan hatimu, cerdaskan akalmu, panjatkan doamu setingginya, letakkan pengharapanmu sepenuhnya pada-Nya. semoga kita semua sukses selalu.

buah tangan sempena hari guru 16 may ini.

salam semua.
tammat.