Thursday 22 January 2009

Apa khabar tuan haji?

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
(Untuk tatapan keluarga yang dirndui selalu & buat sahabat-sahabat sekalian.)


Masjid Nabawi As-Syarif


Apa khabar tuan haji?

Dari seramai 26,000 jemaah haji tahun lalu, iaitu 0.1 peratus dari 26 juta rakyat Malaysia yang dibenarkan oleh Ar
ab Saudi mengerjakan haji, pastinya pulang dengan satu kepuasan dan kelegaan kerana rukun kelima sudah pun tertunai.


"Aku puas. Setiap kali aku tawaf, aku dapat kucup Hajar Aswad. Aku tak kira, aku tembi sigung Tok Arab. Mana boleh bagi can," kata seorang lelaki sebaya 40-an, berbadan tegap sasa ketika sebaik-baik saja dipeluk oleh seorang rakannya di rumahnya di Taman X, sekembali dari Makkah.

"Tak banyak. Serban dua puluh helai. Kopiah putih dua puluh. Jubah Duffah lima helai. Minyak wangi Malikussubuh adalah sepuluh kotak. Air zam-zam 10 liter. Hajah aku tu, sempat juga beli paun emas sebesar syiling lima kupang," beritahu Haji Kasa dari Sungai Mas kepada Haji Dahaman yang ke Makkah lima tahun yang lalu.

"Lima kali dah aku ke Makkah, tak macam tahun ni. Tahun ni kedai jualan habis kena runtuh. Hiii, susah orang nak beli-belah. Aku berkelahi dengan Tok Arab yang cuba nak tipu aku. Kalau tak sebab dekat Makam Ibrahim, aku tentu sepak!" Haji Husin yang sudah lima kali ke Makkah bercerita kesamsengannya sewaktu bergeser dengan Arab Badawi ketika tawaf.


dianggarkan seramai 3.5 juta umat Islam seluruh dunia mengerjakan haji tahun 1429H yang lalu



Kenduri kesyukuran

Tiga cerita di atas adalah lumrah setia
p tahun bagi jemaah haji yang baru pulang. Selalunya ketika membuat kenduri kesyukuran kerana pulang dengan selamat, cerita-cerita begini didedah untuk membuktikan seseorang itu bukan 'jakun sangat' berada di Makkah.

Itu tidak lagi cerita bagaimana mereka bertolak-tolak ketika tawaf, mencium Hajarul Aswad. Tidak bercerita lagi bagaimana marahnya, dengan maki hamun, kerana hanya hilang sepasang kasut di Masjidil Haram dan marahkan kepada pengawal masjid kerana tidur di tingkat atas. Itu tidak dicerita lagi bagaimana berebut tolak-menolak hendak berada di Raudah.


Raudhah As-Syarif terletak di bawah Kubah Hijau

Tak seorang pun yang pulang yang kita dengar bagaimana dia menangis, bermunajat di Arafah atau ketika di Jabal Rahmah memohon kepada Allah agar memberi kemenangan kepada umat Islam yang tertindas di Palestin.

Tak ada seorang pun yang bercerita bagaimana ada satu kegiatan menginfakkan wang ringgit bagi menolong umat Islam yang jadi mangsa kekejaman Zionis. Makkah, bagi mereka, adalah kesempatan yang perlu dilakukan ialah amalan khusus untuk diri sendiri. Hal-hal umat Islam di seluruh dunia dinyahkan begitu saja.

Malah ribuan yang bertalbiah, hanya sekadar bertalbiah untuk mendapat ribuan pahala dan lain-lain amalan khusus dalam bentuk kepentingan peribadi. Tidak ada amalan dalam bentuk kepentingan umat Islam.

Maktabah Makkah Al-Mukarramah didirikan atas tapak rumah kelahiran Nabi s.a.w



Mohon keampunan

Ketika mereka menadah tangan berdoa, keb
anyakannya menadah meminta keampunan, kebahagiaan diri dan keluarga. Kalimah Muslimin-Muslimat hanya terucap kerana kalimah itu ada dalam doa. Ia bukan bacaan yang penuh dengan penghayatan. Bagi mereka, biar mereka saja masuk syurga. Pedulikan sangsara dan nasib buruk umat Islam yang lain.

Yang demikian, ketika berada di lapangan terbang Jeddah atau dari Madinah atau ketika tawaf wida', meledaklah a
papun berita tentang Palestin, di Gaza atau di Mindanao, mereka tidak peduli. Yang penting air zam-zam mesti sampai ke tanah air untuk diberi kepada jiran-jiran disamping menjadi penawar untuk anak-anak lulus peperiksaan.

Hal-hal di atas bukanlah satu gambaran buruk atau satu sangka buruk. Ia adalah tradisi yang sukar diubah. Haji bagi mereka yang digambarkan di atas adalah ibadah yang sangat penting tetapi penuh dengan kepentingan diri dan peribadi sedangkan falsafah mengerja haji lebih jauh daripada tujuan itu.

Lima kali mengerjakan haji dengan wang yang direngkuh mengumpulnya, mereka tetap beranggapan belanja ke Makkah tetap mendapat berkat Kaabah dan Makam Nabi walaupun di sisinya ada seorang Palestin yang kudung kakinya atau jiran di rumahnya ketandusan wang hendak menghantar anaknya belajar ke Azhar.


Sumbat pisang

Apakah 0.1 peratus jemaah haji kita dari 26 juta rakyat Malaysia yang baru pulang sedar tentang punggung King Saudi disumbat pisang oleh Amerika atau pendapatan berjuta atau berbilion pound hasil dari cukai jemaah haji sedunia, tidak pernah mengalir ke daerah Palestin yang sangsara?

Apa khabar tuan haji?

Ketika soalan ini dilontar, kebanyakannya akan menjawab, baik dan insya-Allah lambaian Kaabah akan berulang, sedang lambaian tangan anak-anak Palestin yang kudung dan kibaran bendera Hamas tidak pernah ada dalam kehangatan udara Makkah ketika itu.

Sesunggunnya ibadah haji memiliki banyak dimensi dan ia sangat mencabar. Ada banyak perkara yang dilupakan dan para tuan guru sering mengabaikan huraian ini kerana kalut dengan doa-doa mustajab di makam Ibrahim.

Apa khabar tuan haji?

Tolak taghut


Sayang pertanyaan ini tidak dijawab oleh agen-agen dan pemimpin yang memiliki pengetahuan agama. Tidak pernah timbul bahawa haji adalah satu perjalanan dalam mematuhi serta kesedaran tindakan keingkaran politik terhadap taghut, penjenayah kemanusiaan dan bendera agama yang dikoyak.

Tidak pernah disedari ketika mengusung air zam-zam atau karpet dari Iran bahawa haji adalah perjuangan berterusan terhadap godaan kebendaan. Tidak ada dua dari sepuluh jemaah kita rasanya yang bertemu dengan jemaah Palestin atau Afghanistan bertanya khabar berapa batang tubuh yang telah direbahkan oleh Amerika di Afghanistan, di Iraq atau kebuluran di Sudan.

Talbiah hanya sekadar laungan memenuhi perjalanan dan bukan satu laungan kesedaran. Ehram hanya sekadar dipakai kerana itu syarat dan bukan satu sentakan kesedaran bagaimana yang sepatutnya ada di dalam hati.


Khemah mabit di Mina


Apa lagi apabila berada di Arafah, di Mina. Satu perhimpunan raksaksa yang tidak ada taranya. Tetapi untuk apa perhimpunan seperti itu? Lalu masing-masing mencebik mulut apabila kembali ke tanah air bilamana ada kawan mengajak sama-sama demonstrasi membantah kedurjanaan kuffar.


Tiada falsafah


Siang 9 Zulhijjah umat manusia berduyun-duyun menuju Arafah.


Bagi mereka, perhimpunan di Arafah hanya perintah, tidak ada falsafah atau hikmah daripada perhimpunan itu.


Bagi mereka perhimpunan bererti menent
ang kerajaan.

Pernah adakah ingatan di dalam kepala ketika bertalbiah betapa seorang Yahudi menembak seorang budak atau sebuah kereta perisai memusnahkan sebuah masjid?

mereka juga berkumpul.mereka juga berhimpun.mereka bersaudara.
Muzdalifah.


Apa khabar tuan haji?

Tuan haji akan bercerita, di Masjidil Haram solat tidak pernah susut setiap waktu. Di Masjid Nabawi setiap waktu tidak punya ruang kosong. Jemaah Malaysia pun berdoa dengan lenangan air mata. Tetapi tak seorang pun sedar bagaimana Sayed Hasan Nasrallah merayu Muslim sedunia berdoa menyelamatkan umat Islam yang dizalimi oleh Israel, umat Islam yang ditindas.


kami menyaksikan sekujur tubuh tua rebah sewaktu bersaie.


Tidak pernah tersedar ketika berdiri sesak, serentak bertakbiratul ehram, dengan sentuhan bahu-bahu dan berlaga siku, umat Islam sebenarnya telah membuat kenyataan politik; kita semuanya sama. Kita semuanya berkewajipan. Kita semuanya bers
audara. Dan kita sama-sama berikrar hidup mati hanya kerana Allah. Tapi apa yang berlaku, sekilo kurma atau sebotol minyak Atar bagi mereka lebih mahal daripada sebiji peluru Israel.



Kacang cerdik


Apa khabar tuan haji?

Lebih jauh untuk menjawabnya, rombongan yang pulang tetap dengan jamuan syukur bersama kurma Madinah, kismis, buah ara lepong dan kacang cerdik. Pedulikan rayuan derma, seringgit dan boikot barangan Amerika. Tidak tersedar pun, ketika menjadi tetamu Allah di hadapan Kaabah, sesungguhnya ada halangan secara tidak langsung terhadap umat Islam yang lain untuk menjadi tetamu Allah.

Sebahagian umat Islam yang lain sebenarnya telah dihalang oleh penjaga Haramain - keluarga yang sekian lama menjadi pembodek Amerika. Lalu merekalah yang menghadkan, membuat kuota. Alasan mereka mudah. Mereka tidak mampu membenarkan semua umat Islam menjadi tetamu Allah kerana mereka tuan punya bumi Makkah dan berhak membuka atau menutup pintu Haramain.

Tetapi dalam masa yang sama, mereka membenarkan Zionis dan pembelasah kemanusiaan masuk dengan sikap kurang ajar di setiap penjuru tanah umat Islam dan membiarkan kaki kuffar menginjak masjid-masjid. Mereka tidak merasa apa-apa betapapun Al-Aqsa dilontar najis.

Ya Allah terimalah ibadah kami dan kurniakan kami kekuatan untuk mengamalkan agama-Mu,
serta bantulah kami menentang musuh-musuh-Mu ya Allah..
(roh syuhada uhud & jiwa-jiwa kami)

Mereka memiliki sempadan tetapi menutup pintu. Mereka tidak berkata 'jangan masuk' tetapi mereka mengunci pintu itu rapat-rapat.

Tak seorang pun sedar apa yang dilakukan oleh Husni Mubarak dan tidak pula pernah marah tentang diamnya King Abdullah di Saudi. Yang pulang setelah bergelar haji, masih mendewa-dewa itulah Raja Mekah yang penuh barakah yang mengsedekahkan syafaat mereka. Mereka gelisah apabila air zam-zam hilang di terminal atau serban tidak cukup untuk sedekah dari nama Obama. Mereka tidak tahu pun siapa betina Rice atau Olmert.


Sanggup dibakar

Apa khabar tuan haji?

Jawapan memang sedap didengar. Tetapi tidak ramai yang sedar haji yang bermula dengan sejarah para Nabi-Nabi termasuk Ibrahim. Tak tersedar pun tentang Ibrahim ketika di makamnya, betapa Ibrahim merengkuh tenaga dan perjuangannya menentang taghut sehingga dia dibakar. Tak terdengar pun sebahagian yang pulang bersedia menentang taghut seperti Ibrahim.

Apa khabar tuan haji?

Kami tidak pernah doa di Multazam atau di Safa atau di Raudah untuk memenangan perjuangan Islam. Kami memang berdoa tetapi untuk kebahagiaan kami sendiri. Kami mahu masuk syurga dan balik nanti kami mahu 24 jam di penjuru masjid. Kami tak mahu lagi sertai pergerakan massa. Kami tidak mahu lagi berjuang. Kami mesti wirid banyak-banyak.

Ada tong-tong derma untuk membantu perjuangan umat Islam tidak perlu diendah. Yang penting duit mesti dikumpul untuk haji dua tahun lagi. Buat apa pedulikan tentang pergerakan ummah bagi mempertahankan umat Islam di tempat lain. Haji kami tidak ada sangkut paut dengan penduduk Palestin, tidak ada kaitan dengan Zionis. Haji kami pedulikan Iraq, Afghanistan, Khasmir. Haji kami bukan penggerak umah.


Perkuburan Baqi', Medinah.


Apa khabar tuan haji?

sumber:harakahdaily.net

Semoga dengan kalam taujihat di atas ini dapat mengubah dimensi kita melihat ibadah haji yang betul-betul sarat dengan falsafah jika dilakukan dengan hati yang penuh celik.



menuju Arafah



bersama Hj. Radin dan Hj. Pa di Jamrah Aqabah tingkat paling atas (5)




tingkat atas Masjid Nabawi



-Jabal Rahmah-



chef bertugas = al-saqqaff



Majlis mengumpulkan ikhwah yang dah sebulan tak jumpa...kangen

Saturday 17 January 2009

Doa Pengikat Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Doa Rabithah.






Sesungguhnya Engkau tahu

Bahwa hati ini telah berpadu

Berhimpun dalam naungan cintaMU

Bertemu dalam ketaatan

Bersatu dalam perjuangan

Menegakkan Syariat dalam kehidupan



Kuatkanlah ikatannya

Kekalkanlah cintanya

Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMU

Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami



Lapangkanlah dada kami

Dengan karunia iman

Dan indahnya tawakal padaMu

Hidupkan dengan Ma'rifatMu

Matikan dalam syahid di jalanMu

Engkaulah pelindung dan pembela..


Amin ya Rabb..

Saturday 10 January 2009

ukhuwwah





Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ini adalah entry pertama yang banyak tulisan daripada gambar sebab entry kali ni bernada agak serius. UKHUWWAH? ungkapan yang sering dilaung-laungkan dan terkadang menjadi buah mulut yang sensitif bagi sesetengah orang. "Ehmad,ko kenal tak ukhuwwah tu siape?".urm, persoalan ni bermula dari dalam diri sendiri.




UKHUWWAH

Maksud di sebalik perkataan ukhuwwah ini adalah tautan antara hati-hati manusia dan roh insaniah dengan akidah sebagai tali pengikatnya. ia merupakan ikatan rabbani yang dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. ukhuwwah atau bahasa mudahnya persaudaraan merupakan ikatan iman yang paling berharga dan paling erat sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi s.a.w :

"ikatan iman yang paling kuat ialah kasih sayang
kerana Allah dan marah kerana Allah"


Dalam Islam, persaudaraan ini mempunyai satu kedudukan yang tinggi di mana ia menjadi sendi penguat dalam usaha untuk memperkuat binaan masyarakat Islam dan mempererat hubungan sesama muslim.




Ianya amat penting dalam kita hendak menggerakkan satu harakah islamiah dengan harapan ikatan hati yang terbina kukuh ini dapat membentuk satu synergy yang mantap yang mana apabila salah satu jasad mengadu sakit maka yang lain turut sama merasa sakit.


Untuk menjamin persaudaraan ini dapat memainkan peranannya, Islam telah menjelaskan hak-hak dan kewajipan persaudaraan yang perlu bagi setiap muslim mempraktikkannya.




Berdiri kiri: A. Wafi, Hj. Yusri, Hj. Jamil, Hamdi, Hj. Aman, Hj. Fahmi, Hj. Fadhil.
Duduk kiri: Hj. Hasbullah, Hj. Pa, Hj. Iqbal, Hj. Jack.


Persaudaraan mestilah dapat menolong melakukan t
aat kepada Allah.
Sabda Nabi s.a.w:


"Sesiapa yang dikehendaki Allah kebaikan Allah akan memberikannya rezeki seorang teman karib yang soleh. Seandainya beliau lupa, temannya itu akan memperingatkan dan apabila temannya itu memperingatkan beliau menolongnya".





Persaudaraan merupakan kerjasama di sudut kejiwaan



Sabda Nabi s.a.w:

"Sekiranya seorang daripada kamu berjalan bersama
saudaranya dalam usaha untuk menunaikan keperlua
nnya
(Baginda memberi isyarat dengan jejarinya), adalah
lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjidku
selama 2 bulan"







Persaudaraan yang kerjasama di bidang kebendaan
Sabda Nabi s.a.w:


"Sesiapa yang melapangkan seorang muslim daripada satu kesusahan dunia Allah akan melapangkannya daripada satu kesusahan pada hari Kiamat. Siapa yang memberi kemudahan kepada orang yang berkepayahan Allah akan memberikannya kemudahan di dunia & akhirat. Siapa yang menjaga rahsia seorang muslim di dunia Allah akan menjaga rahsianya di dunia & akhirat. Allah akan menolong hamba-Nya selagi hamba-Nya itu menolong saudaranya"







Persaudaraan merupakan tanggungjawab kemasyarakatan

Sabda Nabi s.a.w:

"Hak seorang muslim terhadap seorang muslim ada 6 perkara. Apabila engkau bertemu hendaklah engkau memberi salam. Apabila beliau menjemputmu hendaklah engkau menunaikannya. Apabila beliau meminta nasihatmu hendaklah engkau menasihatinya. Apabila beliau bersin dan menyebut Allhamdulillah, hendaklah engkau menyebut Yarhamkallah. Apabila beliau sakit hendaklah engkau menziarahinya. Apabila beliau meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya".






Persaudaraan merupakan satu kemesraan, kasih sayang & saling membantu




Sabda Nabi s.a.w:

"Janganlah kamu memutuskan silaturrahim, jangan kamu berpaling memberi belakang, jangan kamu benci membenci, jangan kamu hasad dengki. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak harus bagi muslim meninggalkan tegur sapa dengan saudaranya lebih dari 3 hari".


"Jangan kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun dengan hanya kamu menemui saudaramu dengan wajah yang manis".


"Hendaklah kamu saling memberi hadiah, kelak kamu akan berkasih sayang dan akan hilanglah permusuhan".





Persaudaraan merupakan keghairahan & kesetiaan

Sabda Nabi s.a.w:

"Doa seorang saudara terhadap saudaranya di luar pengetahuan saudara tersebut adalah doa yang diperkenankan. Di sisinya seorang malaikat yang diwakilkan. Setiap kali beliau mendoakan kebaikan untuk saudaranya, malaikat yang diwakilkan itu berkata: Amin dan bagimu juga seperti itu".






Jadi Ehmad sekarang ni kau dah tau kan apa itu ukhuwwah.tinggal nak laksanakan je kewajipan dan tuntutan di sebalik apa yang kau katakan ukhuwwah itu.macam mana kita nak pertahankan Al-Aqsa kalau ikatan hati sesama kita masih goyah?!


"Peribadi insan dari pelbagai latar belakang berinteraksi dengan pengaruh alam sekitar untuk membentuk budaya dan kehidupan"


p/s:gambar yang tersiar adalah sebahagian kenangan cuti musim sejuk awal tahun 2008 yang lalu & majlis kenduri doa selamat sampai ke rumah akhir zulhijjah 1429H