Thursday 19 February 2009

Syria ; revisited

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




"Syria, aku jatuh cinta dengan kelembutanmu,
Jordan, menemukan aku dengan arab yang bernizam,

Lebanon, arab yang eropah,

Mesir, tetap gah dalam hahtiku"

-abang is-


INTRO

berdiri kiri : sab, tiqah, zimah, abg mede, abg dzul, messi, copuk, abg is, hamdi, korean n taha.
duduk kiri : 3 orng brader yang tak dikenali nationality mereka & saini.



cuti yang lepas, drastik sungguh keputusan aku untuk ke syria lagi. bayangkan tiket kapal aku beli 2 hari sebelum tarikh bertolak.keputusan yang mengejutkan ini memberi tanda tanya ramai kawan-kawan.sedangkan aku sendiri kaget apatah lagi mereka.sekembali aku di kaherah ramai yang bertanya.bahkan semasa aku di bumi syam lagi ada yang kehairanan."bukan ke ko dah pegi tahun lepas?"

ya, ini kunjungan yang ke-2 buat bumi syam.entah la apalah daya yang menarik aku kuat untuk kembali ke syam lagi.sungguh pun begitu, syam tetap menapak kukuh dalam hati aku.


banyak yang aku jumpa sepanjang musafir ini.biarkan fikiran aku melumatkan setiap detik musafir sebelum diterjemah menjadi tingkah laku.


LEBANON


gambar di atas ni dirakam atas sebuah bukit (xtau apa namanya).kami menaiki cable car untuk ke atas ni.dalam cable car tu kami dapat lihat pemandangan bandar Beirut yang terserlah dengan pertembungan 2 unsur alam ciptaan Yang Maha Esa; bukit dan pantai.di tambah pula pohon-pohon hijau hutan sekunder membaluti setiap inci kaki bukit.sungguh pemandangan yang cukup menyamankan.




perjalanan di sekitar Beirut dan Lebanon secara umumnya menemukan kami dengan kesan peninggalan perang yang berlaku tak berapa lama dulu.kami ditunjukkan oleh pemandu coaster yang beragama kristian, seorang pemuda syria tempat pembunuhan perdana menteri Lebanon rafiq hariri.bangunan yang terkena letupan itu masih dibiarkan pada keadaan asalnya.malangnya kami tidak sempat untuk merakam gambar bangunan tersebut.


balai berlepas



SYRIA


masjid khalid al-walid


kunjungan ke syria kali ini salah satu sebabnya adalah untuk melengkapkan kunjungan lepas yang lebih tertumpu di kawasan dimasyq dan dara'a sahaja.perjalanan kami kali ini bermula di damsyiq, kemudian kami menyewa sebuah coaster untuk bergerak terus ke sebuah bandar utara di syria, aleppo (halab).dalam perjalanan pergi kami singgah di 2 qala'ah salahuddin.satunya qala'a hison (krak des chevaliers) yang terletak di atas kawasan berbukit berhampiran perkampungan para petani.suasananya cukup menyegarkan dengan pemandangan datar yang hijau dengan tanaman gandum, lereng-lereng bukit terdapat ternakan biri-biri bertempiaran.


qala'ah huson


sampai di halab waktu malam.premis niaga banyak sudah tutup.malam tu round sebahgian pekan halab sambil tukar duit.siang kami bersarapan di souk berhampiran msjid umawi kabir.dalam masjid tersebut kedapatan 3 helai rambut Nabi s.a.w dan bekas minum yang pernah Nabi guna untuk minum.


ke kiri


masjid umawi kabir



gambar dari puncak qala'ah




laman qala'ah lapis dalam


tengah hari kami melawat qala'ah halab madani.dari atas puncak qala'ah kami dapat melihat bandar halab, bandar ke-2 terbesar selepas damsyiq.pemandangannya tak ubah macam pemandangan old cairo dari atas kubu salahuddin.


qala'ah madani halab


rasanya dah tak tau nak tulis apa lagi..silalah menikmati gambar-gambar yang dah dikepilkan bersama.semoga dengan sedikit perkongsian ni dapat memberi sedikit tambah nilai untuk perjalanan kita menuju Ilahi.

sekian.
-tammat-


Sunday 1 February 2009

Live! from Irbid

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



"Peribadi insan dari pelbagai latar belakang berinteraksi dengan pengaruh alam sekitar untuk membentuk budaya dan kehidupan"




Live! from Irbid, Hashimate Kingdom of Jordan.

menaiki feri di Nuweiba




Husaini n Kang Mede kat tempat kargo



Balad Irbid




Duar Sa3h, Balad Irbid




sekitar Balad Irbid



ma3a Kang Mede hiwali Duar Sa3h



King Abdullah University Hospital (K. A. U. H)



main entrance



melawat sekitar kampus



view irbid