Monday 30 August 2010

"...dan seorang lagi di belakang sana..."

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

#Benih.
Hamada Hamdi : ‎"...dan seorang lagi di belakang sana, sahabat kami seorang doktor (pelajar perubatan)", ujar pentazkirah yang juga pelajar bidang agama dari Mesir. Secara serentak jemaah Surau Cenderawasih menoleh ke arahku yang duduk di tengah-tengah saf paling belakang. Aku kaget dengan respon sebegitu daripada jemaah. Aku pun melemparkan sekuntum senyuman paksa."

#Cobaan 1.
Saya Comel Dulu : "kalau aku di sana memegang dslr milik kau emad, semena-mena aku akan snap wajahmu di saat itu."

Muhammad Najib : malangnya malam itu aku tidak membawanya. tiba-tiba seseorang bangun dari belakangku dan ustaz itu terus menyalami tangannya. "ah, kamal!". sentak hatiku.

sia-sia senyuman manisku tadi, rupanya orang yang dimaksudkan itu adalah kamal.

mulut ku berkumat-kamit seperti berzikir walhal hati ini berdentam-dentum mengeluarkan kata-kata %$#@#.

#Cobaan 2
Thaaqib Mohammed : ...dan seorang lagi sahabat kami, seorang pejuang Islam gaya tersendiri", ujar seseorang di depan. ketika sedang mengira2 kuota syafaat, mahu diberi kepada siapa tak semena-mena semua jemaah manusia menoleh ke arah dia.

dan aku tergamam. adrenalin kencang. bangun, bingkas, lari. terjelopok.

"bukan a..a....aku".

Muhammad Najib : "bukan a..a....aku". aku terketar dan tergamam melihat keadaan itu sambil menoleh ke belakang.

rupanya tiada seorang pun yang melihat aku jatuh di kiri masjid kerana semua umat manusia di masjid itu melihat seorang anak kecil di kanan masjid.

"erkk, Safwan?! bila dia sampai ke selangor?", hatiku tertanya-tanya.

kecewa dengan gelagat jemaah masjid yang tidak menghiraukan aku.
aku pun...

Thaaqib Mohammed : "...aku pun menelefon tv3 dan proksi-proksi media prima, memaklumkan penemuan bayi baru lahir yang dibuang di tepi masjid...bersama tag nama.

aku mahu jadi orang pertama yang ditemuramah mazidul akmal sidek malam ini. Ya! aku bertekad!

Dunia harus menyaksikan aku sebagai penyelamat umat ketika ini."

...bersambung.

Thursday 26 August 2010

Sedutan Novel

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Bab 1.

"...Sekolah ini, sekolah yang paling miskin di Belitong. Ada tiga alasan mengapa para ibu bapa mendaftarkan anaknya di sini. Pertama, kerana sekolah Muhammadiyah tidak menetapkan sebarang yuran, mereka hanya menyumbang setakat mana yang mereka mampu. Kedua kerana firasat, anak-anak mereka dianggap memiliki karektor yang mudah disesatkan iblis sehingga sejak usia muda harus mendapat pendidikan Islam yang kuat. Ketiga, kerana anaknya memang tidak diterima di mana-mana sekolah pun."

- Andrea Hirata Seman, Lasykar Pelangi.

Sunday 22 August 2010

Bazaar Ramadhan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ramadhan Kareem kepada semua.

Oh Ramadhan kau datang lagi,
dengan cahaya yang menyinari,
menghidupkan laman nurani,
menabur janji Rabbi.

Di Malaysia, bila hadir saja Ramadhan antara tempat yang menjadi tumpuan orang ramai ialah Pasar Ramadhan atau Bazaar Ramadhan.

Malaysia sememangnya terkenal sebagai salah satu syurga makanan di dunia. Manakan tidak, kita di Malaysia ini mempunyai Duta Makanannya yang tersendiri yang telah banyak menempa nama di persada antarabangsa.

Chef Wan. Nama yang tidak asing lagi di kalangan chef terkemuka di dunia. Beliau mempunyai rancangan masakannya yang tersendiri.

Ok. Kembali kepada cerita Bazaar Ramadhan.

Di Kuala Selangor pihak MDKS telah menyediakan 2 tapak Bazaar Ramadhan. Satu di depan bangunan Projek Barat Laut dan satu lagi di
tapak meletak kenderaan di hadapan Tesco.

Sedikit berita bergambar untuk Jackster yang merindui suasana Ramadhan di Malaysia.




----------------------------------------------

Tarawikh malam ke-5 Ramadhan dilaksanakan di Masjid Jamek Sg Gulang-gulang. Tarawikh diimamkan oleh anak tempatan yang menghafal al-quran 30 juzuk. Sekarang abang tu bekerja sebagai Pegawai Pertanian di Tanjong Karang.

Jumlah rakaat yang didirikan sebanyak 8 rakaat dengan diselangi satu tazkirah ringkas antara 4 rakaat.

Suka untuk dikongsikan intipati tazkirah yang disampaikan oleh Dr Osman Sabran bertajuk Bazaar Ramadhan.

Katanya, Bazaar Ramadhan itu adalah pemilihan kata yang tepat untuk umat muslimin dalam menyambut kehadiran bulan yang penuh berkat. Sepanjang bulan Ramadhan, banyak bazaar yang telah Allah s.w.t sediakan. Ada 4 bazaar secara kasarnya yang telah dijanjikan Allah di bulan ramadhan ini.

Bazaar Ramadhan 1.
Pada bulan Ramadhan ini Allah s.w.t telah mewajibkan orang-orang yang beriman untuk berpuasa sabagaimana umat-umat yang terdahulu.

Pelaksanaan puasa pula ada tingkatannya. Menurut Imam al-Ghazali puasa itu ada 3 peringkat. Puasa Umum, Puasa Khusus (Khawwas) dan Puasa Khususul Khusus (Khawwasul Khawwas).

# Puasa umum.
Ini adalah tingkat puasa paling rendah, puasanya orang biasa, puasa anak-anak, puasa tingkat pemula yang hanya menahan dirinya dari lapar, haus dan nafsu syahwat saja. Pada puasa tingkat ini tentu saja tidak dapat diharapkan darinya akan bertambah ketaqwaannya.

Rasulullah SAW bersabda : "Betapa banyak orang berpuasa namun tidak memperoleh sesuatu dari puasanya itu selain rasa lapar dan haus". (HR. An Nasaa-i dan Ibnu Majah).

# Puasa khusus.
Tingkat puasa yang lebih tinggi daripada puasa umum di mana puasanya tidak hanya menahan diri dari lapar, haus dan nafsu syahwat saja tetapi juga menahan panca indra pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki serta seluruh anggota badan dari melakukan sesuatu yang mendatangkan dosa. Puasa ini adalah puasanya orang shaleh.

Yang menjadi dalil puasa tingkat ini antara lain adalah hadits-hadits Rasulullah SAW sbb : "Barangsiapa tidak mau meninggalkan omongan bohong dan memperbuatnya, maka tidak ada kebutuhan bagi Allah dalam diri orang yang berpuasa meninggalkan makanan dan minumannya". (HR. Bukhari)

"Apabila ada hari puasa salah seorang di antara kalian maka janganlah ia berkata kotor dan gaduh. Jika seseorang memakinya atau memusuhinya hendaklah ia mengatakan :"Sesungguhnya aku sedang berpuasa". (HR. Bukhari, Muslim).

# Puasa khususul khusus.
Tingkat puasa yang tertinggi, yakni puasanya hati dari segala keinginan yang rendah dan pikiran-pikiran keduniaan, dan mengekangnya dari segala sesuatu selain Allah.

Dan matlamat daripada pensyariaatan puasa itu adalah Taqwa. '...moga-moga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa'. (al-Baqarah : 183)

Bazaar Ramadhan 2
Tiada amalan solat malam yang tarafnya hampir dengan solat fardhu dan solat itu hanya didirikan pada malam bulan Ramadhan sahaja. Iaitu solat tarawikh yang bermaksud solat secara berehat-rehat.

Bazaar Ramadhan 3
Tiada satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Malam yang membawa seribu rahmat dan keampunan bagi hamba yang memburunya. Lailatul Qadr bukan terhad waktunya pada malam hari sahaja.

Bazaar Ramadhan 4
Bulan Ramadhan bulan yang diturunkan al-Quran di dalamnya. Al-Quran yang menjadi petunjuk dan pedoman kepada manusia dan menjadi penerang antara baik dan buruk.

Bulan memperbanyakkan bacaan al-Quran. Bulan seribu bulan.

Dan Ramadhan itu bagaikan satu Bazaar Ramadhan yang mempunyai banyak gerai yang boleh kita peroleh manfaat daripadanya.

Wallahu'alam.

Tuesday 17 August 2010

Suturing Workshop

In The Name of Allah The Most Gracious And The Most Merciful

This morning, I was attending a workshop on how to perform a simple suture on a gap wound at A&E Dept, Tg Karang Hospital. Having a needle holder on my right hand and a tissue forceps on the left drive me a step forward on emergency medicine.

Being a doctor is not only building a relationship with patients and colleagues but also developing soft skills. On suturing a wound, as a doctor you have to bring out your inner creativity as it may have a cosmetic value later.

from left : silk (black), nylon (blue) and cat gut (brown)


simple continuous suture


this one is not mine



Suturing a wound on a face need a very small gap between every sutures and has to be removed within 5 days maximally. In contrast, a suture done on the hand will have TCA about 7 days after and even longer on palm and sole up to 10 days.

The thread used can be classified as absorbable or non-absorbable one. The only absorbable thread use is of cat gut origin. This is the one that often used during circumcision. The other type either nylon or silk.

Vocab Today:
TCA - To come again


Sunday 15 August 2010

Flora & Fauna Kampung Halaman

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penayayang

Menikmati keindahan flora dan fauna di sekeliling rumah nenek di Lorong Masjid, Kg Seri Tiram Jaya, Tg Karang.

Sakura Di Gurun Sahara

Daun So/Melinjo

Jantung Hati Buah Pisang

Jantan & Betina



























Sunday 8 August 2010

Fikh Kerahsiaan Wanita


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Buku Fikh Kerahsiaan Wanita

Ust Fauwaz Fadzil Noor


Buku Fikh Kerahsiaan Wanita oleh Dr Sa'aduddin Mus'ad Hilali diterjemah oleh Fauwaz Fadzil Noor terbitan Pelima Media Sdn Bhd. Dapatkan di pasaran segera dengan harga RM20.00 senaskhah. Jadikan ia salah satu bacaan wajib untuk semua akhawat bakal ibu kepada anak-anak dara dan juga ikhwah bakal pengemudi bahtera keluarga. Ketahui permasalahan berkaitan mahkota wanita yang sering kali mengundang malu untuk ditanya.


Saturday 7 August 2010

Mee Kari Cina

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Telah diriwayatkan oleh Hamadahamdi daripada Ibu Natrah. Beliau bertanya : 'Makcik, mee ni apa resipinya?'. Makcik menjawab, 'Oh. Natrah, ambilkan sehelai kertas'.

Mee Kari Cina


Kuahnya:
Sangan segenggam ikan bilis dan sedikit lada hitam di atas kuali.
Kemudian blendkan ia dengan ditambah sedikit air.
Tumiskan bawang putih (3-4 ulas) yang dititik berserta 3 tangkai serai (juga dititik).
Masukkan bahan yang diblendkan tadi.
Tambahkan kiub ikan bilis untuk menambah rasa.

Sambalnya:
Blendkan 150g udang kering berserta 15 tangkai cili kering (berubah mengikut citarasa).
Tumiskan 3 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih dan 3 tangkai serai dengan minyak yang sedikit banyak.
Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis. Masak sehingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam kuali ditambah 3 sudu besar serbuk kari.

Hiasannya:
Hiriskan daun bawang dan daun ketumbar.
Taburkan bawang goreng di ata hidangan.
Ia sedap dimakan bersama hirisan kek ikan atau bebola ikan/ketam/udang.
Makanan laut segar juga boleh dijadikan hidangan tambahan.
Elakkan mencampurkan makanan dengan hirisan daging ayam atau lembu.

Cara makannya:
Siram mee kuning yang telah dicelur dengan kuah. Masukkan satu sudu besar sambal.
Taburkan hiasan berupa hirisan daun bawang, daun ketumbar, bawang goreng dan hirisan kek ikan/ bebola ikan.
Siap untuk dimakan.

Maka, begitulah cara-caranya untuk membuat Mee Kari Cina. Menurut Ibu Natrah, makanan ini asalnya sering dimakan oleh bangsa Cina suatu ketika dahulu. Dan logiknya, masakan cina banyak menggunakan serai.

[Vocab Dapur]
Sangan = goreng tanpa minyak
Titik = menekan ulas bawang putih dengan sisi pisau

Monday 2 August 2010

Barakallahu lakuma.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

TAIPING, 31 Jul - Sari berita bergambar. Majlis menyambut menantu telah diadakan dengan jayanya oleh keluarga Ust Hj Zakaria Ahmad di kediaman beliau beralamat Kg Aman, Pokok Assam.


Majlis jamuan makan diadakan di dalam dewan bersebelahan dengan kediaman pengantin perempuan. Pasangan En Mohd Husmar Israq Husin dan Pn Naimah telah dahulu diijabkabulkan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, Mesir bulan Februari yang lepas.

Segenap lapisan masyarakat hadir bagi memeriahkan majlis ini termasuklah DS Menteri Besar Rakyat bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran sahabat handai pengantin perempuan.





IPOH, 1 Ogos - Berita bergambar dari Ipoh, Perak. Satu majlis menyambut menantu telah diadakan dengan gilang-gemilang oleh keluarga Dr Shukor dan isteri di Dewan Cempaka Sari Silveritage Galleria, Medan Gopeng, Perak.


Majlis yang didahului dengan majlis akad nikah antara kedua mempelai telah diadakan di kediaman pengantin perempuan tepat jam 9.00 pagi. Dengan 15 lafaz [haha], En Muhammad Fitri Tokiran telah sah menjadi suami kepada Pn Balqis Asma' Saidah Abdul Shukor.











Majlis jamuan makan di dalam dewan diserikan lagi dengan persembahan daripada anak-anak yatim yang turut diundang.

Sekian dahulu berita. Berita disunting oleh Ehmad Hamdi B Naem. Assalamualaikum.