Saturday, 7 August 2010

Mee Kari Cina

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Telah diriwayatkan oleh Hamadahamdi daripada Ibu Natrah. Beliau bertanya : 'Makcik, mee ni apa resipinya?'. Makcik menjawab, 'Oh. Natrah, ambilkan sehelai kertas'.

Mee Kari Cina


Kuahnya:
Sangan segenggam ikan bilis dan sedikit lada hitam di atas kuali.
Kemudian blendkan ia dengan ditambah sedikit air.
Tumiskan bawang putih (3-4 ulas) yang dititik berserta 3 tangkai serai (juga dititik).
Masukkan bahan yang diblendkan tadi.
Tambahkan kiub ikan bilis untuk menambah rasa.

Sambalnya:
Blendkan 150g udang kering berserta 15 tangkai cili kering (berubah mengikut citarasa).
Tumiskan 3 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih dan 3 tangkai serai dengan minyak yang sedikit banyak.
Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis. Masak sehingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam kuali ditambah 3 sudu besar serbuk kari.

Hiasannya:
Hiriskan daun bawang dan daun ketumbar.
Taburkan bawang goreng di ata hidangan.
Ia sedap dimakan bersama hirisan kek ikan atau bebola ikan/ketam/udang.
Makanan laut segar juga boleh dijadikan hidangan tambahan.
Elakkan mencampurkan makanan dengan hirisan daging ayam atau lembu.

Cara makannya:
Siram mee kuning yang telah dicelur dengan kuah. Masukkan satu sudu besar sambal.
Taburkan hiasan berupa hirisan daun bawang, daun ketumbar, bawang goreng dan hirisan kek ikan/ bebola ikan.
Siap untuk dimakan.

Maka, begitulah cara-caranya untuk membuat Mee Kari Cina. Menurut Ibu Natrah, makanan ini asalnya sering dimakan oleh bangsa Cina suatu ketika dahulu. Dan logiknya, masakan cina banyak menggunakan serai.

[Vocab Dapur]
Sangan = goreng tanpa minyak
Titik = menekan ulas bawang putih dengan sisi pisau

2 comments:

PERUBATAN said...
This comment has been removed by the author.
dabei said...

salam..sori ada problem pd komen 1st..btw,tahniah!sy pun xsmpat hafal lg resepi baru tu.