Showing posts with label Dapur. Show all posts
Showing posts with label Dapur. Show all posts

Saturday, 7 August 2010

Mee Kari Cina

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Telah diriwayatkan oleh Hamadahamdi daripada Ibu Natrah. Beliau bertanya : 'Makcik, mee ni apa resipinya?'. Makcik menjawab, 'Oh. Natrah, ambilkan sehelai kertas'.

Mee Kari Cina


Kuahnya:
Sangan segenggam ikan bilis dan sedikit lada hitam di atas kuali.
Kemudian blendkan ia dengan ditambah sedikit air.
Tumiskan bawang putih (3-4 ulas) yang dititik berserta 3 tangkai serai (juga dititik).
Masukkan bahan yang diblendkan tadi.
Tambahkan kiub ikan bilis untuk menambah rasa.

Sambalnya:
Blendkan 150g udang kering berserta 15 tangkai cili kering (berubah mengikut citarasa).
Tumiskan 3 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih dan 3 tangkai serai dengan minyak yang sedikit banyak.
Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis. Masak sehingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam kuali ditambah 3 sudu besar serbuk kari.

Hiasannya:
Hiriskan daun bawang dan daun ketumbar.
Taburkan bawang goreng di ata hidangan.
Ia sedap dimakan bersama hirisan kek ikan atau bebola ikan/ketam/udang.
Makanan laut segar juga boleh dijadikan hidangan tambahan.
Elakkan mencampurkan makanan dengan hirisan daging ayam atau lembu.

Cara makannya:
Siram mee kuning yang telah dicelur dengan kuah. Masukkan satu sudu besar sambal.
Taburkan hiasan berupa hirisan daun bawang, daun ketumbar, bawang goreng dan hirisan kek ikan/ bebola ikan.
Siap untuk dimakan.

Maka, begitulah cara-caranya untuk membuat Mee Kari Cina. Menurut Ibu Natrah, makanan ini asalnya sering dimakan oleh bangsa Cina suatu ketika dahulu. Dan logiknya, masakan cina banyak menggunakan serai.

[Vocab Dapur]
Sangan = goreng tanpa minyak
Titik = menekan ulas bawang putih dengan sisi pisau

Friday, 23 July 2010

Kek Daging Miri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Telah diriwayatkan oleh Hamadahamdi daripada Bonda Najib berkata : "Kek daging itu mudah saja. Makcik dapat masa makcik join kelas memasak dengan Cosway dulu".

Kek Daging Miri


Bahan-bahan:
400gm daging kisar
1kg ubi kentang
4 biji karot
4 biji telur
1/2kg bawang besar
1 tin susu cair
3 cawan tepung gandum (400gm)
daun sup & daun bawang
100gm mentega
sedikit lada
garam secukup rasa

cara-cara:
panaskan mentega
tumis daging, masuk sayur & susu
setelah masak, masukkan garam, lada, daun sup & daun bawang
setelah sejuk, masukkan tepung dan telur.

preheat oven
bakar pada suhu 180'C selama 20-30 menit.

adunan sebelum dibakar


siap dihidang untuk dimakan

Monday, 7 June 2010

B' Oreo Cis Kek!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Kewujudan blog ni pada asalnya adalah tempa t
untuk berkongsi resipi tapi baru hari ni cita-cita tu terlaksana.

Resipi bertuah kali ini ialah B' Oreo Cis Kek!. Sanad resipi adalah dikhabarkan daripada Hamadahamdi daripada Phayyadh daripada Nik bahawa : "...

Bahan-bahan.
1 peket Biskut Digesta
200gm Butter
2 x President cream cheese
4 x Plain yoghurt
1 cawan gula
2 biji limau nipis
1per2 cawan tepung gandum
2 peket vanilia
1 biji telur

Tema.
Biskut B'Oreo

Topping.
Chocolate ice cream
Blueberry frozen yoghurt

Cara-cara.
1. Hancurkan biskut Digesta. Gaulkan bersama butter. Lenyekkan atas bekas untuk membakar untuk membuat 'base' kek. Sejukkan beberapa menit di dalam es box.
2. Adunkan President cream cheese, plain yoghurt, gula, tepung gandum, vanilia, telur dan perahan limau nipis dalam mesin pengisar dan kisar sampai adunan harmoni.
3. Preheat pembakar.
4. Tuang adunan ke dalam bekas yang telah dibuatkan 'base' tadi dan taburkan serpihan biskut B' Oreo yang hancur secara sekata atas adunan yang dikisar.
5. Bakar dalam pembakar dengan api perlahan selama 20-30 menit. Keluarkan dan sejukkan kek dalam es box. Perlu diingat, adunan dibakar untuk denaturate protein dalam telur untuk melikatkan tekstur kek.
6. Bila sudah sejuk, potong dan hidangkan kek bersama es krim dan frozen yoghurt.

... dan demikianlah terhasilnya sebuah B' Oreo Cis Kek!".

Kepada anda semua, selamat mencuba resipi ini.

Seorang akh pernah berkata :



B' Oreo Cis Kek!