Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Kewujudan blog ni pada asalnya adalah tempa tuntuk berkongsi resipi tapi baru hari ni cita-cita tu terlaksana.
Resipi bertuah kali ini ialah B' Oreo Cis Kek!. Sanad resipi adalah dikhabarkan daripada Hamadahamdi daripada Phayyadh daripada Nik bahawa : "...
Bahan-bahan.
1 peket Biskut Digesta
200gm Butter
2 x President cream cheese
4 x Plain yoghurt
1 cawan gula
2 biji limau nipis
1per2 cawan tepung gandum
2 peket vanilia
1 biji telur
Tema.
Biskut B'Oreo
Topping.
Chocolate ice cream
Blueberry frozen yoghurt
Cara-cara.
1. Hancurkan biskut Digesta. Gaulkan bersama butter. Lenyekkan atas bekas untuk membakar untuk membuat 'base' kek. Sejukkan beberapa menit di dalam es box.
2. Adunkan President cream cheese, plain yoghurt, gula, tepung gandum, vanilia, telur dan perahan limau nipis dalam mesin pengisar dan kisar sampai adunan harmoni.
3. Preheat pembakar.
4. Tuang adunan ke dalam bekas yang telah dibuatkan 'base' tadi dan taburkan serpihan biskut B' Oreo yang hancur secara sekata atas adunan yang dikisar.
5. Bakar dalam pembakar dengan api perlahan selama 20-30 menit. Keluarkan dan sejukkan kek dalam es box. Perlu diingat, adunan dibakar untuk denaturate protein dalam telur untuk melikatkan tekstur kek.
6. Bila sudah sejuk, potong dan hidangkan kek bersama es krim dan frozen yoghurt.
... dan demikianlah terhasilnya sebuah B' Oreo Cis Kek!".
Kepada anda semua, selamat mencuba resipi ini.
Seorang akh pernah berkata :
5 comments:
=) dah kongsi resepi juga rupanya...
Teruskan berkongsi..
Siap bersanad lagi..
yang seronoknya buat cheese cake tak payah kisah sangat bahan dan sukatan. asalkan kena cara, bahan n cara, buat je sesuka hati [ini cara saya seorang, selamat menjadi mahu juga Sifu Cheese Cake Gen 7 approve resepi ><]
urm, tapi nak tanya, paket vanila tuh dari sini ke?
mulalah sanad dgn begini:
wa bihi 'anhu, haddathana ...
barulah bergaya.
itu adakah ammar?
terkejut tengok tarikhnya, setelah sekian lama
ye thaaqib. atasnya komen nta. rujuk link http://hamadahamdi.blogspot.com/2009/05/exam-meragam.html ni.
Post a Comment