Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Ramadhan Kareem kepada semua.
Oh Ramadhan kau datang lagi,
dengan cahaya yang menyinari,
menghidupkan laman nurani,
menabur janji Rabbi.
Di Malaysia, bila hadir saja Ramadhan antara tempat yang menjadi tumpuan orang ramai ialah Pasar Ramadhan atau Bazaar Ramadhan.
Malaysia sememangnya terkenal sebagai salah satu syurga makanan di dunia. Manakan tidak, kita di Malaysia ini mempunyai Duta Makanannya yang tersendiri yang telah banyak menempa nama di persada antarabangsa.
Chef Wan. Nama yang tidak asing lagi di kalangan chef terkemuka di dunia. Beliau mempunyai rancangan masakannya yang tersendiri.
Ok. Kembali kepada cerita Bazaar Ramadhan.
Di Kuala Selangor pihak MDKS telah menyediakan 2 tapak Bazaar Ramadhan. Satu di depan bangunan Projek Barat Laut dan satu lagi di
tapak meletak kenderaan di hadapan Tesco.
Sedikit berita bergambar untuk Jackster yang merindui suasana Ramadhan di Malaysia.
----------------------------------------------
Tarawikh malam ke-5 Ramadhan dilaksanakan di Masjid Jamek Sg Gulang-gulang. Tarawikh diimamkan oleh anak tempatan yang menghafal al-quran 30 juzuk. Sekarang abang tu bekerja sebagai Pegawai Pertanian di Tanjong Karang.
Jumlah rakaat yang didirikan sebanyak 8 rakaat dengan diselangi satu tazkirah ringkas antara 4 rakaat.
Suka untuk dikongsikan intipati tazkirah yang disampaikan oleh Dr Osman Sabran bertajuk Bazaar Ramadhan.
Katanya, Bazaar Ramadhan itu adalah pemilihan kata yang tepat untuk umat muslimin dalam menyambut kehadiran bulan yang penuh berkat. Sepanjang bulan Ramadhan, banyak bazaar yang telah Allah s.w.t sediakan. Ada 4 bazaar secara kasarnya yang telah dijanjikan Allah di bulan ramadhan ini.
Bazaar Ramadhan 1.
Pada bulan Ramadhan ini Allah s.w.t telah mewajibkan orang-orang yang beriman untuk berpuasa sabagaimana umat-umat yang terdahulu.
Pelaksanaan puasa pula ada tingkatannya. Menurut Imam al-Ghazali puasa itu ada 3 peringkat. Puasa Umum, Puasa Khusus (Khawwas) dan Puasa Khususul Khusus (Khawwasul Khawwas).
# Puasa umum.
Ini adalah tingkat puasa paling rendah, puasanya orang biasa, puasa anak-anak, puasa tingkat pemula yang hanya menahan dirinya dari lapar, haus dan nafsu syahwat saja. Pada puasa tingkat ini tentu saja tidak dapat diharapkan darinya akan bertambah ketaqwaannya.
Rasulullah SAW bersabda : "Betapa banyak orang berpuasa namun tidak memperoleh sesuatu dari puasanya itu selain rasa lapar dan haus". (HR. An Nasaa-i dan Ibnu Majah).
# Puasa khusus.
Tingkat puasa yang lebih tinggi daripada puasa umum di mana puasanya tidak hanya menahan diri dari lapar, haus dan nafsu syahwat saja tetapi juga menahan panca indra pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki serta seluruh anggota badan dari melakukan sesuatu yang mendatangkan dosa. Puasa ini adalah puasanya orang shaleh.
Yang menjadi dalil puasa tingkat ini antara lain adalah hadits-hadits Rasulullah SAW sbb : "Barangsiapa tidak mau meninggalkan omongan bohong dan memperbuatnya, maka tidak ada kebutuhan bagi Allah dalam diri orang yang berpuasa meninggalkan makanan dan minumannya". (HR. Bukhari)
"Apabila ada hari puasa salah seorang di antara kalian maka janganlah ia berkata kotor dan gaduh. Jika seseorang memakinya atau memusuhinya hendaklah ia mengatakan :"Sesungguhnya aku sedang berpuasa". (HR. Bukhari, Muslim).
# Puasa khususul khusus.
Tingkat puasa yang tertinggi, yakni puasanya hati dari segala keinginan yang rendah dan pikiran-pikiran keduniaan, dan mengekangnya dari segala sesuatu selain Allah.
Dan matlamat daripada pensyariaatan puasa itu adalah Taqwa. '...moga-moga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa'. (al-Baqarah : 183)
Bazaar Ramadhan 2
Tiada amalan solat malam yang tarafnya hampir dengan solat fardhu dan solat itu hanya didirikan pada malam bulan Ramadhan sahaja. Iaitu solat tarawikh yang bermaksud solat secara berehat-rehat.
Bazaar Ramadhan 3
Tiada satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Malam yang membawa seribu rahmat dan keampunan bagi hamba yang memburunya. Lailatul Qadr bukan terhad waktunya pada malam hari sahaja.
Bazaar Ramadhan 4
Bulan Ramadhan bulan yang diturunkan al-Quran di dalamnya. Al-Quran yang menjadi petunjuk dan pedoman kepada manusia dan menjadi penerang antara baik dan buruk.
Bulan memperbanyakkan bacaan al-Quran. Bulan seribu bulan.
Dan Ramadhan itu bagaikan satu Bazaar Ramadhan yang mempunyai banyak gerai yang boleh kita peroleh manfaat daripadanya.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment