Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
"perkara terbaik yang kau pinta dari-Nya adalah apa yang dipinta oleh-Nya terhadap kamu"
~al-hikam~
~al-hikam~
baru tadi saya menerima berita tetang seorang sahabat lama yang ditimpa ujian berat oleh Allah. sahabat mohd nabil b marwan yang sudah sebulan terlantar sakit akibat demam chikungunya kini dikhabarkan mengalami hemiplegia atau mungkin hemiparesis. saya mengajak anda semua untuk sama-sama kita berdoa utuk kesembuhan sahabat saya, saudara kita. moga Allah memberinya ketabahan menjalani ujian ini.
teringat sebuah hadith Nabi s.a.w yang mafhumnya begini:
"pintalah kesejahteraan kerana tiada satu kebaikan yang paling baik yang Allah akan beri selepas yakin kecuali kesejahteraan"
kata-kata prof. dr mohd mehna masih lagi terngian di telinga. katanya, "karamah itu adalah istiqamah, dan istiqamah itulah karamah. istiqamah qiamullail itu karamah, solat dhuha itu karamah".
justeru, mari sama-sama kita nilai kembali, muhasabah hari-hari kita yang berlalu pergi. kerna sekarang kita gembira, kita sihat, kita sejahtera. dan sakit, sengsara itu boleh datang menjengah kita bila-bila masa. insaflah wahai kau seorang ehmad.
No comments:
Post a Comment