Monday 15 June 2009

R.I.N.D.U

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

RINDU


satu kata yang baru aku kenal sekitar bulan ogos tahun lalu. waktu itu jiwa aku sarat dengan perasaan itu. mundar-mandir aku keliling mounirah menggendongnya. ke ARMA ia masih mengikut. ke H10 pun tidak mahu renggang.






kemudian ia kembali hadir belum pun sampai setahun hadirnya dahulu. tapi kali ini ianya hadir tanpa ubat. kalau dahulu ubatnya tiba awal bulan oktober, pulihlah aku dari perasaan rindu selepas itu. tapi kali yang ini tidak. perasaan itu menginap sekali lagi dalam jiwaku. buat selamanya. ya, sepanjang hayatku.


~gambar ini sarat dengan rasa rindu~
[tarikh gambar adalah tarikh lahir Allahyarham]


kalau ikut tulisan yang lepas, satu berita yang mengejutkan hinggap ke telinga aku. berita tentang akh nabil marwan. tapi kali ini berita yang lagi mengejutkan datang t
anpa disangka.


~akh mohd nabil marwan~
moga cepat sembuh


malam rabu 10 jun 2009 yang lepas, aku mendapat berita kemalangan 5 orang sahabat ahli keluarga Gen6 yang pergi meninjau tempat di Ain Sokhna, Suez. berita tersebut tersebar begitu cepat sekali, sepantas kilat. satu dunia pantas mengetahuinya.


~allahyarham sewaktu di darul quran~

malam kejadian sudah 5 hari berlalu. sudah 5 hari juga Allahyarham Muhammad Ammar Zulkifli meninggalkan kita. 5 hari ini juga rindu itu sudah kekal bersamaku.

bak kata abdurrahman zulkifli, setiap orang punya memori tersendiri bersama Allahyarham. aku juga punya banyak, bukan satu memori bersama Allahyarham.

telah syahidnya seorang mujahid muda seusia 21 tahun pada malam 10 jun 2009 di bumi barakah, bumi ilmu, bumi jihad, mesir. bagaimana pula dengan kau wahai seorang ehmad?


~tugasan terakhir yang allahyarham amanahkan~



"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat.
Laksana anak-anak akhirat, melihat dunia dari jendela akhirat"


untuk kronologi peistiwa yang lebih details sila ke sini, sini, sini, sini, sini, dan sini.

1 comment:

sinar_islami said...

Hebat penangan rindu..
Ya itu lah sahabat..
hasil ukhwh yg terbina..
Mga Allah berkati arwah,kamu dan kalian..