Wednesday, 27 May 2009

MAZA ke Kaherah

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


"Sesungguhnya terdapat kesenangan Allah dalam ketaatan hamba-Nya, terdapat kemarahan Allah dalam maksiat hamba-Nya dan Allah sembunyikan wali-wali-Nya dalam mesyarakat hamba-Nya"


Alhamdulillah, peperiksaan akhir tahun 3 sudah berada di pertengahannya sedari mula peperiksaan amali sesampai 2 kertas soalan jawapan bertulis. makanya tinggal lagi 2 kertas soalan untuk ditulis jawapannya dan 4 lagi soalan mulut hendak dijawab. habisnya pada 26 jun 2009 nanti. apapun kita tunggu kehadiran hari 27 jun 2009 ini kerana aktiviti menarik sedang menanti kami..hurray!!!

walaubagaimanapun, sehari sebelum peperiksaan soalan bertulis subjek parasitologi, petang 26 mei 2009 yang hening kami sekeluarga telah menerima kunjungan ziarah sahabat lama bersama ayah dan 2 orang adik beliau. beliau itulah saudara MAZA. mohd amin zainal abidin. mereka singgah di kaherah sebelum berlepas terus ke jeddah untuk menunaikan ibadah umrah. semoga mereka aman dan bahagia mengerjakan umrah dan ibadah diterima oleh Allah.

jadi tanpa dirancang, kami sekeluarga telah mengadakan majlis reunion pelajar sek keb di subang, sambest dan kisas. ikuti laporan bergambar berikut yang disediakan oleh saya sendiri.

Oleh: ehmad hamdi bin naem
yangterpujikepujiandiriku@yahoo.com

KAHERAH, 26 Mei: mohd amin zainal abidin atau mesranya MAZA telah melawat sahabat lamanya fayyadh, muzakkir dan ehmad di kediaman mereka di mounirah, sayyeda zeinab, kaherah hari ini. rombongan amin sekeluarga yang terdiri daripada beliau sendiri bersama ayah dan 2 orang adiknya dijangka akan mengadakan pertemuan lewat petang semalam tetapi difahamkan hasrat itu terpaksa ditunda kerana tidak mahu mengganggu sahabatnya yang sedang bertungkus-lumus menghadapi peperiksaan akhir tahun 3 mereka. akhirnya, amin membuat keputusan untuk hadir petang 26 mei.


tiada dalam gambar : wan


sesi perjumpaan selama lebih kurang 2 jam itu te
lah menemukan amin dengan sebilangan besar sahabat lamanya ketika menuntu di malaysia. ahmad afiffy alfi, 20 rakan sedarjah amin ketika di sekolah randah melahirkan rasa gembira kerana dapat berjumpa dengan sahabat lamanya yang menurutnya adalah rakan wrestlingnya dahulu ketika di belakang bas sekolah.

seorang lagi sahabat lamanya yang hanya mahu dikenali sebagai wan, 21 agak terkilan kerana tidak berkesempatan menemui amin kerana sibuk untuk persiapan peperiksaan esok hari. beliau pernah bersama-sama menuntut di sambest selama 3 tahun sebelum amin berpindah ke kisas.


rata-rata sahabat yang hadir dalam majlis itu adalah sahabat amin di kisas. turut difahamkan, amin kini sedang bercuti dari kuliahnya di texas, amerika syarikat. mereka yang hadir menyatakan rasa gembira dan berpuas hati dengan majlis yang diadakan.



damak mendapat gelaran mat despatch dalam majlis itu



mereka bergerak pulang menaiki metro untuk ke giza. turut keligatan amir najmi, husaini, afiffy, damak
dan otai sanggup mengorbankan masa studi mereka sebentar.




orang berkata cincin ni cantik...tapi memang cantik pun..haha


No comments: