Tuesday, 2 September 2008

Aku seorang ....

Aku adalah seorang SUFI kerana aku memahami asas kebaikan ialah qalb yang salim

Aku seorang PELAKON yang menjadi salah seorang watak dalam mencipta sejarah kegemilangan Islam yang kedua

Aku adalah seorang PENGHIBUR yang menghiburkan hati-hati manusia dengan hiburan mendidik jiwa - zikrullah

Aku seorang DOKTOR yang merawat bapa segala penyakit - hati

Aku seorang GURU yang turut menghormati makhluk lain sebagai guru

Aku adalah seorang SAINTIS yang memahami bahawa salah satu faktor kejatuhan khilafah Islamiah adalah disebabkan pengabaian erti ilmu sains yang sebenar dalam kehidupan

Aku adalah seorang SEJARAWAN yang mengambil sirah nabawiyah sebagai sejarah agung yang perlu direnungi dan diaplikasi

Aku adalah seorang SENIMAN yang menjadikan dakwah sebagai seni terhebat agar ianya tidak kering

Aku seorang SASTERAWAN yang rindukan syair dan puisi kegemilangan Islam disebarkan

Aku adalah seorang PENCINTA yang mencintai Allah melebihi segalanya di samping melimpahkan kasih sayangku kepada semua makhluk

Aku adalah seorang SAHABAT yang menggunakan aqidah sebagai ikatan simpulan dalam persahabatan

Aku seorang PEMIKIR yang memikirkan masalah ummat lebih dari masalah sendiri

Aku seorang PEMUDA yang mempunyai ciri-ciri keimanan, keikhlasan, semangat, dan amal

Aku seorang DAI'E yang hanya menyeru manusia supaya berpaling pada Allah tanpa menghukum

Aku adalah seorang MAD'U yang sentiasa ingin belajar daripada makhluk lain

Aku adalah seorang PEMBUAT MAKSIAT yang sentiasa merenungi segala kesalahanku dan menginsafinya

Aku seorang HAMBA yang solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah

Aku seorang PEJUANG yang pengakhirannya pasti menang sebagai mujaheed atau mati sebagai syahid

Aku seorang KHALIFAH yang bakal meruntuhkan sebesar-besar kezaliman

Aku SAUDARA kamu

inilah aku, siapa kamu?..



No comments: