Thursday, 20 August 2009

Ahlan Ya Ramadhan

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Ramadhan datang lagi. Sama ada diri bersedia, kelam-kabut, tak mahu atau apa pun Ramadhan tetap akan hadir. Tetamu agung rahmat dari Allah ini pasti hadir. Di Malaysia telah diwar-warkan, Ramadhan akan bertandang Sabtu ini bersamaan 22 Ogos
2009.




Ahlan Ya Ramadhan.


Semalam di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor telah diadakan satu ceramah ambang Ramadhan. Tajuknya 'Marhaban Ya Ramadhan'. Penceramahnya S.S Hj Zakariah B Isa, Timb. Mufti Wilayah Persekutuan. Tak banyak perkara baru yang disentuh sekitar bicara beliau, tapi apa yang menarik minat saya
untuk dikongsikan di sini ialah apa yang terkandung dalam makalah percuma edaran JAM'IYAH, sebuah NGO dibawah kelolaan beliau.

Dalam risalah percuma itu dikupas makna RAMADHAN itu sendiri. Rupanya perkataan Ro-Mim-Dhod-Alif-Nun mendokong pengertian yang sangat indah.

Ro - Ridhwanullah (Keredhaan Allah)

Mim - Maghfiratullah (Keampunan Allah)
Dhod - Dhomanullah (Jaminan Allah)

Alif - Ulfatullah (Kemesraan Allah)
Mim - Nikmatullah (Anugerah Allah)
(sumber:Uthman Al-Khaubawi, Durrah Al-Nashin)


Antara lain yang menarik lagi berputar sek
itar perbahasan bila berlakunya malam Lailatul Qadr. Para ulama berselisih pendapat dalam menentukan waktu sebenar berlakunya Lailatul Qadr. Menurut satu riwayat, bahawa Nabi s.a.w sendiri pun tidak mengetahuinya dengan tepat, kerana pada mulanya Baginda s.a.w tahu tanggal berlakunya malam tersebut, tetapi kemudian atas takdir Allah Baginda s.a.w lupa.

Bagaimanapun, Baginda s.a.w masih dapat mengingat bahawa malam itu berlaku pada satu malam yang ganjil sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.Mari kita telitikan pendapat ulama-ulama tentang bila berlakunya malam istimewa ini.


Menurut Ubai Bin Ka'ab dan Ibnu Abbas, malam tersebut jatuh pada malam 27.

Menurut Ahmad Marzuq, malamnya tetap malam Jumaat pada malam-malam ganjil dari akhir Ramadhan.

Menurut Ibnu Hazam pula, jika bulan Ramadhan 29 hari, maka sepuluh malam terakhir bermula dari malam 20, adakalanya malam 22, terkadang malam 24, atau malam 26 dan mungkin malam 28.

Jika bulan Ramadhan 30 hari, maka sepuluh malam terakhir bermula malam 21, dan malam Al-Qadrnya jatuh pada malam 21, atau 23, atau 25, atau 27 dan adakalanya malam 29.

Berbeza pula dengan pandangan Imam Al-Ghazali yang berpendapat jika awal Ramadhan adalah hari Ahad, malam Al-Qadrnya jatuh malam 29. Jika hari Isnin, jatuh malam 21, jika hari Selasa, jatuh malam 24, jika hari Rabu, jatuh malam 20, jika hari Khamis, jatuh malam 25, jika hari Jumaat, jatuh malam 19, jika hari Sabtu, jatuh malam 23.


Wallahua'lam.


Apa yang lagi menarik, majlis bacaan Yaa Siin malam Jumaat tadi di masjid tiba-tiba ditukar menjadi sesi tazkirah oleh YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang hadir tiba-tiba. Menurut beliau, perkataan 'Malam Al-Qadr' itu bukan rigid pada waktu malam sahaja.

Bayangkan, jika Al-Qadr berlaku pada jam 2300, malam 27 di Malaysia, sedangkan pada masa sama waktu di Mesir masih jam 1800. Al-Qadr datang sekali dalam Ramadhan. Jadi, pesan beliau, doa dan niatkan setiap detik dan waktu yang berlalu dalam bulam mulia Ramadhan ini sebagai Al-Qadr untuk kita. Wallahua'lam.

Sekadar sedikit perkongsian menjelang Ramadhan. Akhirnya, Allahumma ballighna Romadhon. Amiin.

Ramadhan Kareem.

4 comments:

Jackster® said...

"Bayangkan, jika Al-Qadr berlaku pada jam 2300, malam 27 di Malaysia, sedangkan pada masa sama waktu di Mesir masih jam 1800."

aku pernah terpk pasal ni, tapi aku x brani nk pk jawh, ini bkn antara dalam kuasa pemikiran aku, tp anjuran sentiasa ibadah x kira masa dalam bulan ramadhan itu aku stuju.

hamada hamdi said...

sekadar menukilkan kata-kata YAB Nizar. xpe, jadikan ini sebagai satu lontaran utk kita fikir2kn.

Adam said...

eh hamdan...aku ada dapat jugak buku free tu.

hamada hamdi said...

kita kan orang selangor..bukan begitu adam?