Saturday 18 October 2008

Program Sambutan Mahasiswa Baru PERUBATAN 2008

bismillah

alhamdulillah..setelah hampir sebulan setengah memerah keringat menjayakan program menyambut pelajar baru PERUBATAN 2008, akhirnya segalanya berakhir dengan bermacam-macam peristiwa, kerenah manusia, pengalaman berharga mahupun pengajaran pahit.

perubatan


dengan lantikan awal sekira-kira pertengahan bulan ogos, beberapa siri perjumpaan dibuat baki melakar gerak kerja & halatuju program. pelbagai modul dan pengisian dirangka untuk membentuk pemikiran mahasiswa baru PERUBATAN ini dengan mengambil kira segenap aspek kehidupan sebagai seorang musafir ilmu di bumi barakah, masr; ummud duniya.



mesyuarat yang silih berganti:
  • mesyuarat kali pertama : 29 ogos 08
  • mesyuarat kali ke-2 : 7 september 08
  • mesyuarat kali ke-3 : 16 september 08
  • mesyuarat kali ke -4 : 4 oktober 08
  • mesyuarat kali ke-5 : 14 oktober 08


proses pembentukan & peleturan pola fikir mahasiswa baru ini amatlah penting seperti mana yang ditegaskan oleh salah seorang penasihat PERUBATAN yang mana di sinilah titik tolak kepada pembentukan sebuah negara Malaysia yang sejahtera untuk 10-20 tahun yang mendatang. benar sungguh kata-kata sedemikian.


tarikh program:
  • PSMB 08 (1) : 25-27 september 08
  • PSMB 08 (2) : 15-17 oktober 08


jadi, semoga segalanya mempunyai nilai tambah bagi meningkatnya iman, menggerakkan dakwah, menambah pengalaman, meluaskan ukhuwwah.semua yang berlalu pasti menjadi sebuah sejarah yang bakal dikenang di hari yang mendatang.




kenangan sepanjang program berlangsung


ucapan jutaan terima kasih ditujukan khas kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini tidak kira dalam apa jua sumbangan sekali pun, dari seberat-berat bantuan memunggah beg hingga seringan-ringan memetik butang klik pada sebuah SLR d1000.

selamat maju jaya untuk semua.

No comments: