Thursday 13 August 2009

Jiwa Hijau

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Dan tiba-tiba hari-hariku berubah menjadi puisi
Semilir di pagi hari
Meriang jika siang
Pecah, serupa ombak-ombak pasang kalau malam.

____________________________________________


Dalam fatrah cuti. Masa lapang begini diisi dengan aktiviti. Tak kira bersama teman mahupun famili. Mengharap petunjuk sentiasa dari Ilahi.

Jiwa Hijau. Begitu tema cuti kali ini. Hijau itu tenang. Arwah 'Ammar amat senang dengan warna ini. Katanya, hijau membawa tenang dan memulihara pandangan. Sudah takdir, cuti Jiwa Hijau kali ini beliau tidak dapat bersama, bukan kali ini sahaja tapi buat selamanya.

Bermula dengan menempah tiket secara online, memilih tarikh sesuai, tinggal penerbangan saja yang ditunggu. Tiket domestik untuk Jiwa Hijau sudah pun terbeli lebih dahulu dari tiket mahu pulang ke Kuala Lumpur. Syukur perancangan masih seperti itu.

Destinasi. Dua negeri, satu pulau, satu matlamat, 1 Malaysia. Negeri Sabah dan Sarawak menjadi sasaran cuti Jiwa Hijau kali ini.

Mengapa Jiwa Hijau? Hijau kerana hutan daranya. Hijau kerana lautnya. Hijau kerana taman negaranya. Hijau kerana jiwanya. Ya, semuanya hijau. Semuanya tenang dan damai.


seorang sabahan mencari sesuap rezeki



SABAH



Kembara Jiwa Hijau bermula setibanya kami di Lapangan Terbang Kota Kinabalu petang 7 Ogos 2009. Selesai urusan check-in di X-plorer Backpackers, kami keliling Kota Kinabalu Old City sambil mencari kedai makan malam.



Malam pertama kami di old city hanya makan-makan dan merancang untuk hari-hari berikutnya. Kami sepakat berkira-kira mahu menyewa kereta. Dengan bantuan GPS Akir, hampir suku negeri Sa
bah bakal kami jelajah.

Esoknya selepas sarapan, kami bergegas ke tapak pasar kraftangan Kota Kinabalu. Kebanyakan tapak perniagaan di kawasan ini mula beroperasi sekitar jam 9 pagi. Terdapat hampir 50 gerai semuanya menjual pelbagai jenis kraftangan di sini. Kami tiba awal. Jadi tak banyak kedai yang buka.

Menuju tengahari, matahari naik segalah. Apabila ia mula gelincir, kereta Proton Saga yang dipandu oleh Nasri membelok ke kanan menuju Jalan Penampang Bypass selepas lampu hijau menyala di simpang empat. Kemudian kereta membuat pusingan U sebelum membelok ke kanan memasuki ruang tempat letak kereta Masjid Negeri Sabah.




Usai solat kami menuju ke Queen Elizabeth General Hospital untuk mengambil Kak Sal, kakak Akir. Destinasi seterusnya ialah Lok Kawi Wildlife Park. Dari Jalan Mat Salleh kami ke kiri memasuki Jalan Kepayan seterusnya Jalan Putatan.














Di Lok Kawi Wildlife Park ini kami jumpa pelbagai jenis binatang yang unik. Antaranya proboscis monkey, miniature horse, orang utan, dan sebagainya. Di kebanyakan tempat, kami sertakan kad ISIC sebagai tiket untuk mendapat diskaun untuk masuk. Tapi, bukan di Lok Kawi ini. Kami bertuah kerana berkesempatan untuk menyertai pertunjukan haiwan-haiwan. Barisan pelakon yang menjadi tunggak utama persembahan antaranya orang utan, buru
ng kakak tua, ular sawa dan musang.

kereta baru kami



satu famili main layang-layang
Tg. Aru Beach




Petang, tatkala awan gemawan mengapung tinggi terburai-burai kami ke Pantai Tanjung Aru. Pantai yang menghijau menyamankan mata yang memandang. Ditambah pemandangan si kecil diajar bermain layang-layang oleh ayahnya sambil diperhati ibu dan kakaknya. Sunggu
h bahagia.


1 Borneo


Malam, kereta dipandu menuju 1 Borneo, sebuah megamall yang tiada tandingannya di sekitar Borneo. Makan malamnya pula di pasar malam, gerai menjual ikan bakar di tebing tambak menghadap Laut China Selatan.


bersambung...

2 comments:

Thaaqhib Mohammed said...

series dengki

Eng Einy said...

argh..xpuas hati..x puas hati..argh!! aku jeles..aku jeles..argh!!!!

ko g sabah gak? wow2~ pakcik aku ade kat situ..ade jumpa die?