Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Balik sahaja dari majlis makan-makan menyambut hadirnya hari Copuk dilahirkan 21 tahun dulu di Mo'men Manyal terus dengar satu lagu yang dinyanyikan oleh Saudara Azhan Atan. Mengikut pekeliling yang dihebahkan petang tadi, parti akan diadakan di Cook Door Manyal, tapi atas sebab tertentu tempat terpaksa diubah pada saat akhir oleh pihak penganjur.
Bila dipasang lagu yang bertajuk 'Kau Yang Satu' itu, dalam kepala masih terngian-ngian suara Papa Rock Malaya, Abang Ramli yang empunya suara serak basah juga pernah mendendangkan lagu yang sama, Kau Yang Satu.
Pembawaan dan suara Abang Ramli dalam lagu ini sangat membekaskan terutama bila sampai klimaks lagu tersebut. Lirik lagu yang mengEsakan Allah s.w.t sesekali dapat menitiskan air mata bila didengar dan dihayati.
Tapi lagu ini tidaklah sampai maqamnya untuk menyembuhkan sakit dalam jiwa kerana hanya dengan mengingati Allah dan memperdengarkan bacaan Al-Quran hati akan jadi tenang.
Apapun peranan bahasa dalam sesebuah lagu perlu dititikberatkan kerana dengan bahasa inilah penyanyi dan pendengar berkomunikasi. Ditambah dengan alunan lagu yang gemirsik menambah rasa dan jiwa dalam lagu yang dibawa.
Berbeza dengan Matematik, sesetengah orang berpendapat bahawa Matematik itu juga merupakan sebuah bahasa. Tapi bahasa yang tidak mempunyai jiwa dan rasa. Umpama bahasa yang digunakan dalam mesin-masin elektronik seperti komputer, kalkulator dan alat telekomunikasi lain. Tapi apa salahnya sesekali kita menghantar emel kepada kawan kita dengan bahasa (x+y)/4 yang bermaksud 'Saya bersama awak di atas kapal layar'.
Jadi, sama-samalah kita menghargai bahasa yang kita tuturkan seharian juga bahasa yang kita pelajari dari bangsa lain umpamanya Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun.
Bahkan sejak kebelakangan ini orang sibuk memperkatakan tentang Bahasa Melayu Tinggi, mahukah kita masih menggunakan Bahasa Melayu Rendah (Bahasa Melayu Sekerat/Bahasa Melayu Pasar) dalam perkembangan ilmu yang kita ceburi ini?
7 comments:
Salam Ehmad.
Usaha yang bagus.
Memperjuangkan bahasa.
Gen 6 memang unik.Tidak disangka-sangka ada orang yang begitu mengambil berat terhadap bahasa.
Tahniah.
Terima Kasih.
Kalau bukan kita siapa lagi kan?
bangga dengan anda
teruskan usaha!
ah,sudah lama tidak membaca bahasa indah2..ada stok baru kah?
maaf, tiada stok baru.
tiada supplier la.
apapun, terima kasih kepada anda!
“Math is the language God wrote the universe in.”
rasanya aku pernah sebut kat kau kan? walaupun dunia ini ada seribu satu bahasa, satu bahasa yang semua yang boleh dipraktikan di mana2 ialah matematik...sekalipun makhluk asing. Sebab itulah bahasa alam.
*wah~ aku pun nak update blog!!!
pejuang bahasa
pejuang agama
Moga terus thabat
terima kasih untuk sinar.
terima kasih lagi untuk semua.
terima kasih atas doa dan sokongan.
sungguh, saya sekarang tidak akan menulis tanpa sokongan dan dorongan kalian dulu.
kepada Allah dikembalikan segala jasa baik kalian untuk dibalas.
Post a Comment