Wednesday, 16 February 2011

Ops Piramid III : Misi Separuh Jalan

Dengan Nama Allah Yang Memberi Nikmat Keamanan

Ops Piramid, Misi Separuh Jalan Dah Diangkat Hero?
by Ahmad Ibrahim Yahaya
on Wednesday, February 16,
2011 at 3:37pm

Alhamdulillah, saya mengucapkan jutaan syukur kepada Allah atas nikmat Ops Piramid ini. Terima kasih kepada pihak Kerajaan malaysia bawah pimpinan DS Najib, serta badan-badan GO dan NGO serta Kementerian berkaitan yang menyertai misi ini. Juga persatuan-persatuan pelajar baik di Mesir, di Jeddah mahupun di Malaysia. Jazakumullah kheiral jaza'.

Biarpun Ops Piramid diklasifikasikan sebagai 'voluntary evacuation', hakikatnya tidak lah begitu tepat. Kebanyakan pelajar DIPUJUK BALIK seolah-olah dipaksa(bukan dipaksa, tapi seolah-olah) untuk turut serta bagi menjayakan misi ini. Ramai yang hidup aman di Mesir kerana Demonstrasi besar-besaran hanya fokus di kawasan Tahrir Square sahaja, dan pelajar ini bukanlah golongan yang berduit sangat. Maka disuruhnya/dipaksanya pulang ke Malaysia 'free of charge' tetapi diumumnya untuk balik semula ke Mesir dengan duit sendiri.

Saya melihat, Ops Piramid masih belum lagi 'fully accomplished', ia baru separuh jalan. Sebab Kerajaan telah 'berjaya' menghantar pulang pelajar Mesir ke Malaysia, tetapi enggan bertanggungjawab untuk hantar semula ke tempat pengajian mereka di Mesir. Terang-terang diumumkan, "Tambang balik Mesir, tanggung sendiri!". Ya, mereka dah jadi 'hero', ambil gambar sana sini di Jeddah, di Airport dan di rata-rata tempat, kemudian tinggalkan begitu sahaja pelajar di Malaysia, macam gantung tak bertali.

Kemudian, timbul pelbagai persoalan setelah pelajar sampai ke Malaysia. Bila pelajar boleh balik ke Mesir sedangkan KPT Mesir dah umumkan kuliah akan dibuka pada 19 Februari. Kemudian, macam mana nak balik ke Mesir sedangkan flight komersial paling awal adalah pada 28 Februari, itu pun harga tiket melambung sampai RM 2500-RM3000 sehala. Kemudian, ramai pelajar yang 'dipaksa' balik denga free of charge tetapi mereka kurang berkemampuan dari segi kewangan. Macam mana nak beli tiket balik? Bergolok bergadai untuk balik semula ke Mesir sedangkan balik ke Malaysia free tapi dipaksa untuk jadikan Ops Piramid ni hebat dan berjaya dan beberapa pihak jadi 'hero'?

Tapi, jangan gusar. Saya taklah nak buat provokasi. Sebab masalah ini AMATLAH MUDAH UNTUK DISELESAIKAN.

Saya rasa, Kerajaan Malaysia PATUT MENJADI PENYELAMAT DALAM KEADAAN GENTING INI...

Cara paling mudah adalah dengan CHARTER FLIGHT terus ke Cairo. Ianya akan menyelesaikan dengan mudah masalah "Bila nak balik ke Cairo semula?", masalah "Macam mana nak beli tiket, sebab kebanyakan Airlines tak buka bisnes ke Cairo?", dan masalah utama, "Ramai pelajar yang tak mampu untuk beli tiket balik".

Tapi, of course lah atu-satunya penghalang Kerajaan untuk support tiket balik untuk semua pelajar Mesir balik ke Mesir adalah, DUIT! Nanti dikata, "Kerajaan dah habis banyak bajet untuk Evakuasi tempoh hari". "Ibu bapa perlu beranggungjawb pula". "Minta syarikat korporat yang baik hati untuk support". "Minta Kerajaan Negeri (yang bukanlah banyak sangat duit) untuk support pula".

Sebenarnya, pasal duit ni, InsyaAllah ianya boleh diselesaikan dengan mudah dengan cara potong bajet shopping Lady Ros*ah. (oppsss) =) tu saja dah cukup! Just kidding ok~ pokoknya, Kerajaan boleh ja kot cari duit mana2, demi 9000 pelajar Malaysia mesir yang dicintai ini. :)

Bak kata YB DR. Halimah, Exco Kerajaan Negeri Selangor semalam, "Pihak yang menjemput pelajar pulang ke malaysia, sepatutnya bertanggungjawab menghantar mereka semula ke Mesir".
Ya, tepat sekali! Kalau tak, Ops Piramid ni, hanya akan jadi satu Misi Yang Baru Separuh Jalan, Dah Daingkat Jadi Hero! hehehe
Mungkin anda akan nampak tulisan ini umpama tulisan orang TAK BERSYUKUR. Tapi percayalah, sebagai manusia yang terlibat dalam Ops Piramid ini, saya nampak terlalu banyak agenda media dan polit*k yang dimainkan. Tak percaya, tanyalah orang lain yang turut terlibat. Tak cukup untuk ditulis dalam ni. Kena buat ala-ala Travelogue dalam blog nanti insyaALlah... :)

Namun, saya OPTIMISTIK, bahawa Kerajaan Malaysia yang kita cintai TAKKAN BERDIAM DIRI dengan isu ini. Saya yakin, kita tidak akan dianak tirikan lagi insyaAllah. PUTRA 1 MALAYSIA pon takkan berdiam diri, mesti membuat satu tindakan bernas (harap-harapnya...).

Allahu A'lam.

Wassalam

*Tulisan ini adalah sekadar pandangan peribadi, tiada kaitan dengan mana-mana badan atau persatuan.

sumber: laman sosial facebook

2 comments:

nurhazDV said...

hehehe..

zaidonn said...

saya hanya ada simpati.....