Sunday 15 November 2009

Hadiah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hadiah.

Ya, hadiah. Perkataan yang mampu menguntum bunga di hati penerima hadiah tersebut. Amalan memberi hadiah satu amalan yang mulia. Masakan tidak. Nabi s.a.w pernah bersabda yang maksudnya seumpama begini : Berilah olehmu hadiah, nescaya kamu akan saling menyintai dan akan hilang segala persengketaan.





Moga-moga dengan hadiah yang kita beri itu mampu mengeratkan hubungan yang sedia terjalin antara kita dengan insan sekeliling kita. Maka, mari kita sama-sama renungi sedikit perkongsian adab atau akhlak Islami tentang hadiah dan memberi hadiah oleh Al-Imam Al-Ghazali.

Kata Al-Imam Al-Ghazali : Adab-adab orang yang memberi hadiah ialah melihat kelebihan yang ada pada orang yang diberi hadiah, melahirkan rasa gembira dengan penerimanya terhadap hadiah tersebut, mensyukuri Allah kerana memberi taufiq untuk melakukan kebaikan (memberi hadiah), menyembunyikan perkara tersebut daripada orang yang hampir dengannya dan kaum kerabat dan menunjukkan muka yang manis ketika melihat penerima hadiah.

Kata Al-Imam Al-Ghazali lagi : Adab-adab orang yang menerima hadiah pula ialah melahirkan rasa gembira sekalipun sedikit, memohon doa kepada tuan hadiah sekiranya dia tiada, menunjukkan muka yang manis ketika dia berada di sampingnya, berusaha untuk membalasnya sekadar termampu, memujinya sekiranya termampu, tidak tunduk padanya, menjaga daripada hilangnya agama bersamanya dan tidak tamak untuk mendapatkannya buat kali kedua.

Sekian dahulu untuk perkongsian pada kali ini. Moga manfaatnya dapat kita sama-sama rasai. Bersama kita menyemai budi pekerti yang mulia dalam jiwa hamba kita. Wallahu'alam.

5 comments:

Adam Lee said...

Baik, hamdan. Beri oleh aku kepada kamu hadiah satu hari nanti.
-Lee, org qadariah.

umaq_eiman said...

salam tq ziarah blog ana,, lps ni anta try cari buku buku syeikh yaman byk gak sains n quran

hamada hamdi said...

# adam
haha..mari hayati adab..

# umaq
thanx atas saranan..setakat yg ana kenal seorang dr dari saudi, dr mohd ali al-bar. syeikh yaman tak penah tau lg..

lyannayahya said...

macam pernah nampak buku-buku ni.

-lyanna-

hamada hamdi said...

ini yang dinamakn hadiah~